BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPM mahu penjelasan JAIS

bumi

Fun Poster
Messages
657
Joined
Oct 22, 2009
Messages
657
Reaction score
9
Points
15
JPM mahu penjelasan JAIS

02/11/2009 2:22pm

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi penjelasan terhadap tindakan menahan tetapi gagal mendakwa bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Asri di Hotel Putra di sini hari ini. - Utusan
 
alasan .. JAIS tak permit .. nak permit BBBBBAAAYYYAAARRR laa.. huih .. duit lagi..
 
Asri Ditahan Kerana Ajar Agama Tanpa Tauliah : JAIS

SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Tangkapan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor sebaliknya kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

"Ketika ditangkap, Dr Asri didapati sedang memberi ceramah kepada hampir 200 orang yang hadir. Tangkapan telah dibuat oleh penguatkuasa JAIS dengan bantuan pihak polis," katanya kepada pemberita di bangunan JAIS di sini.

Asri ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang Ahad malam ketika memberikan ceramah.

Asri dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Kuala Lumpur Isnin tanpa sebarang pertuduhan dikemukakan terhadap beliau, yang kemudian dilepaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran.

Mohammed Khusrin berkata siasatan terhadap Asri akan dipercepatkan kerana ia menarik minat umum.

Mohammed Khusrin berkata Asri disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Selangor 2003 yang menetapkan denda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula meminta Jais mengendalikan siasatan secara telus terhadap Asri.

-- BERNAMA
 
Macam-macam la ada kat Selangor ni. Pengarah JAIS tu apa kelayakan dia pun tak tahu.
 
Back
Top
Log in Register