BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perluas Program SKSJ Tahun Depan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
JELI, 29 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) ke kawasan luar bandar termasuk ke perkampungan Orang Asli mulai tahun depan.

Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali berkata ketika ini program itu melibatkan penduduk pinggir bandar dan penunggang motosikal warga emas.

Program SKSJ yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah bagi memberi peluang lebih luas kepada warga emas menikmati kemudahan mendapatkan lesen menunggang motosikal tanpa menjalani ujian undang-undang berkomputer.

"Kita akan memperluaskan program ini bagi membantu usaha mendidik rakyat ke arah pemanduan berhemah di samping mengurangkan kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas menutup program SKSJ di Sekolah Menengah Ayer Lanas, dekat sini, Khamis.

"Dengan kaedah pegawai JPJ turun padang ini peserta tidak perlu menggunakan khidmat sekolah memandu yang mengenakan bayaran lebih tinggi," katanya.

Sejak program ini dimulakan pada 2009, seramai 35,572 penunggang motosikal memperoleh lesen merangkumi 81 siri program yang dijalankan di seluruh negara.
 
Back
Top
Log in Register