BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,088.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ menyamar cekup

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR: Kedegilan 232 pemandu teksi mematuhi peraturan ditetapkan mengundang padah apabila dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dalam Ops Penyamaran yang dijalankan di sekitar ibu negara.

Selain mengenal pasti pelbagai kesalahan dilakukan pemandu teksi, operasi selama empat hari bermula Isnin hingga kelmarin itu bertujuan menjaga kebajikan dan keselesaan penumpang sejajar dengan kenaikan tambang pengangkutan awam bermula Ogos ini.

Seramai 20 anggota JPJ menyamar sebagai penumpang hampir 24 jam di beberapa lokasi tumpuan antaranya di sekitar Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Kompleks Beli-Belah Mid Valley Megamall dan KLCC.

Pengarahnya, Mohd Nadzri Osman, berkata pihaknya memeriksa 232 teksi dan mengenal pasti 262 jumlah kesalahan termasuk menyita empat teksi sepanjang operasi berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 30 peratus iaitu 77 kes dilakukan pemandu teksi adalah kesalahan tidak menggunakan meter seperti ditetapkan.

“Ia diikuti kesalahan tidak mempunyai kad pemandu teksi sah iaitu 49 kes, tidak memakai tali pinggang keledar (46 kes), tidak memakai uniform (22 kes), enggan mengambil penumpang (20 kes) dan mengenakan tambang lebih (19 kes).

“Antara kesalahan lain yang dikenal pasti adalah pengubahsuaian meter, tidak mempamerkan nombor pendaftaran dalam kenderaan dan tiada lesen CDL atau PSV,” katanya.

mymetro online news.
 
perrghhh.. banyak betul kesalahan geng2 teksi ni. patut ada yg kadang2 bawak cam ayam hilang anak ja.
 
Back
Top
Log in Register