BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Johor Perkenal Empat Kaunter Pelbagai, Mudahkan Pembaharuan LKM Dan LMM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

JPJ Johor Perkenal Empat Kaunter Pelbagai, Mudahkan Pembaharuan LKM Dan LMM​

c3039510591a7e03564c6c1e7243c1fb6a4483fb56804

Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor menyediakan empat kaunter pelbagai di ibu pejabatnya di Taman Daya di sini bagi mengendalikan transaksi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian individu dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bermula hari ini.

Pengarah JPJ negeri Zulkarnain Yasin berkata inisiatif itu membolehkan pelanggan yang mahu memperbaharui kedua-dua dokumen tersebut hanya mengambil satu nombor giliran dan mendapatkan perkhidmatan di kaunter sama.

"Selain itu, pelanggan juga dapat menjimatkan masa sekali gus melancarkan lagi urus niaga pembaharuan LKM dan LMM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkarnain berkata urusan di kaunter pelbagai itu tidak terhad mengikut bahagian dan pelanggan boleh diselaraskan serta diseimbangkan di semua kaunter perkhidmatan.

Beliau berkata sebarang aduan boleh dibuat secara terus atau masa nyata dengan menggunakan aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel [email protected] berserta dengan butiran lengkap aduan.

 
Back
Top
Log in Register