BTC USD 81,091.8 Gold USD 4,046.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal Trading tenterangin

Bismillahirrahmanirrahim

Dibawah merupakan analisis bagi pair NZD/USD

Trend

Trend tidak dapat dilukis menggunakan Equidistant Channel yang mana ianya memberi pengertian bahawa trend sudah memasuki fasa sideway pada timeframe Daily.

Candle Daily

Terdapat sebuah candle Bull Maru yang telah bounce di kawasan master support diikuti dengan retracement. Retracement tersebut telah pun mencecah bahagian secondary support.

Candle H4

Candle H4 3 kebelakang menunjukkan Bull Candle terus menguasai pasaran. Ditambah pula dengan rejection sebanyak dua kali di kawasan secondary support.

Indicator

Stoch bagi Daily dan H4 telah pun OB.

Reversal

Tiada tanda reversal dan breakout berlaku.

Swing Hi/Lo

Swing Hi terbaru 0.79351

Swing Lo 0.76601

RBS/SBR

RBS adalah dikawasan secondary support 0.76925

Analisis

Pada minggu ini, jelas kelihatan price di pair ini masih ranging di TF D1, ini bermakna akan terjadi minor trend di kawasan H4. Price juga telah bounce dari master support dan juga melepasi secondary support. Malah terdapat dua kali rejection berlaku di H4 di kawasan secondary support. Ditambah pula dengan sokongan Stoch yang kedua2 nya adalah OB pada TF D1 dan H4. Namun, secara amnya, dapatlah saya katakan kita telah terlepas kapal untuk BUY. NO TRADE untuk pair ini.

Screenshot.

Dibawah adalah screenshot Daily dan H4 untuk pair NZD/USD.

NZDUSDmDaily.png

NZDUSDmH4.png
 
Keburukan Memilih Pair Yang Sama Dalam Forex

Apakah yang saya maksudkan dengan tajuk diatas? Ianya bermaksud memilih beberapa set pairs yang sama untuk didagangkan. Misalan contoh major pair yang sentiasa digembar gemburkan bahawa senang untuk membaca arah pergerakan market. Saya percaya dan yakin, kebanyakan trader tak mungkin memilih satu atau dua sahaja pair yang didagangkan. Rata-rata membuka chart kadang2 melebihi 10 pair.

Banyak keburukan apabila kita trade banyak pair tapi pasangn pair adalah sama. Sebagai contoh Trader A membuat keputusan untuk trade di pair EU, GU, UCHF, AU, NU dan sebagainya. Melihat dari susunan pair tersebut, kebanyakan adalah major pair dan mempunyai pasangan USD pada seluruh pair yang A pilih. Trader A ingin meningkatkan kebarangkalian untuk muncul setup (berdasarkan teknik masing2) dengan memantau pair yang banyak. Ya, itu adalah satu tindakan yang masuk akal, namun sekiranya terdapat News yang melibatkan USD dan ianya mempunyai high impact probability yang tinggi, disinilah masalahnya.

Trader A akan mula confuse antara fundi, sentiment dan technical. Contoh seperti begini, di dalam pair EU, sudah terdapat tanda reversal untuk pair tersebut Bull dan di AU pula kombinasi candle jelas menunjukkan AU dalam keadaan Bear. Namun, mengikut analisis Fundimental dan juga Sentiment, rata2 menganggarkan USD akan menguat. Disini, Trader A akan mula keliru sama ada ingin mematuhi prinsip dan disiplin yang sedia ada ataupun mengikut saranan fundimental yang mana ramai trader tahu bila news tak da apa pun yang boleh dijangkakan.

Cerita diatas adalah merupakan salah satu pengalaman yang berharga didalam arena forex trading bagi diri saya. Saya tidak lagi memantau ketujuh2 major pair kerana faktor fundimental menyebabkan saya untuk stay away memilih pair yang mempunyai pasangan yang sama. Jadi saya telah come up dengan penyelesaian dibawah.

Solusi

Oleh itu, saya menggariskan pair yang biasa di trade oleh kebanyakan trader. Saya menolak pair2 exotic seperti DKK, TRN , MYR dan sebagainya.

AUD

NZD

USD

GBP

JPY

CHF

CAD

EUR

Jadi, saya silangkan antara satu sama lain supaya tidak akan mempengaruhi antara satu sama lain ketika efek news. Seperti dibawah :-

EUR/AUD

GBP/JPY

USD/CAD
 
TT klw cross pair tu kan.. klw dari segi analisis fundamental contoh.. USD kuat...mcm mn yer...ke ikut teknikal
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12242
USD / JPY
156.870
GBP / USD
1.34061
USD / CHF
0.82126
USD / CAD
1.40041
EUR / JPY
176.074
AUD / USD
0.70232
Back
Top
Log in Register