Saya jenis yang susah nak disiplinkan diri dalam trade. Jadi saya ingat nak cerita pasal MM kat journal saya ni sebagai motivasi untuk diri dan traders lain.
Di first post, saya letak risk appetite = 10% of current balance (tapi tak berapa nak ikut pun :">). Mari kita ramalkan apa akan berlaku jika berterusan disiplin dengan risk appetite ni.
Katakan x=initial deposit, y=risk appetite, n=number of trades & E=current equity.
katakan kita pakai risk to reward ratio=1:1. maksudnya jumlah maksimum untung atau maksimum rugi dalam satu trade adalah sama.
jadi untuk trade 1 win:
E = x + yx
trade 2 win:
E = (x + yx) + y(x + yx)
= x + yx + yx + y^2x
= x + 2yx + y^2x
= x (1 + 2y + y^2)
= x (1 + y)^2
jadi formula dia akan jadi:
E = x (1 + y)^n
yang mana, x=initial deposit, y=risk appetite, n=number of trades & E=current equity.
ini juga selalu orang panggil compounding formula.
Ok, kita masukkan situasi saya. x=10 USD, y=10%=0.1. target saya nak jadi jutawan, saya pasti semua traders mahu jadi jutawan

). kiranya kita semua nak jadikan E, current equity = 1,000,000 MYR = 224,090 USD.
soalan sekarang, berapa trade perlu saya win secara berterusan untuk dapat jadi jutawan. Berdasarkan formula di atas, kita nak cari nilai n:
E = x (1 + y)^n
224090 = 10 (1 + 0.1)^n
22409 = 1.1^n
ln 22409 = n(ln 1.1) where ln=log base 10 (matematik sek. menengah

))
n = ln 22409/ln 1.1
= 105
jadi saya hanya perlu 105 win trade secara berterusan untuk dapat jadi jutawan di malaysia

. tapi dalam forex, kebarangkalian kita dapat 100 win secara berterusan, ada orang cakap mustahil. mungkin teknik TRSR boleh? :-?
Ok, seterusnya kita munculkan soalan lain pulak. berapa jumlah trade yang loss secara berterusan yang mampu saya tanggung sebelum Margin Call, iaitu E,current equity = 0. kita maintain risk appetite 10% of current balance.
Jadi berdasarkan formula di atas (untuk loss berterusan kita ubah 1+y jadi 1-y), kita nak cari nilai n:
E = x (1 - y)^n
0.01 = 10 (1 - 0.1)^n (tak boleh letak E=0 nanti tak boleh solve equation, so kita letak 1 sen, 0.01)
0.01 = 10 (0.9^n)
ln 0.01 = ln 10 + n(ln 0.9)
n = (ln 0.01 - ln 10)/ln 0.9
n = 66
so no. of trade yg saya mampu tanggung sebelum jadi 0.01usd atau MC ialah 66 trade.banyak tu

). Mana ada orang 66 trades straight loss..
kenapa jadi macam ni? sebabnya setiap kali kita rugi, kita hanya akan risikokan 10% from current equity/balance. jadi susah nak MC
Moral of story: Ikut MM.
Nak ikut MM mcm ni susah. setiap kali trade, kene kira lot berdasarkan current balance & stop loss pips. Itu kene disiplin tu.
Sama-samalah kita disiplin ye kengkawan

. semoga menjadi jutawan

)