BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Journal KGBS TS aku

Mr.T

Fun Poster
Messages
476
Joined
May 9, 2010
Messages
476
Reaction score
25
Points
20
Assalamualaikum w.b.t...

Sebelumnya, terima kasih diucapkan kepada Kang_Gun yg telah tanpa mengira bangsa, identiti, agama & negara utk menyebarkan ilmunya. Juga terima kasih kepada semua KGers yg membantu utk sama2 memahami ilmu ini. Journal ini diwujudkan adalah utk saya membuat catatan ketika saya melakukan analisa/transaksi di pasaran mata wang...ianya juga adalah utk saya melakukan review kepada setiap analisa/transaksi yg saya lakukan...juga utk berkongsi dengan anda semua...anda semua juga sangat saya galakkan utk posting setiap soalan(saya akan cuba cari jawapannya....qqqqq) dan analisa yg berkaitan supaya kita semua dapat belajar bersama.

Dalam melakukan analisa, saya menggunakan KGBS TS. Standart KGBS TS mempunyai beberapa tool utama iaitu:

1.LSMA (8H (kuning),daily (lime),weekly (magenta),monthly (aqua))
2.BSBAND (daily,weekly,monthly)
3.RANGE CALCULATOR

guss.gif


1.LSMA
-digunakan utk melihat kecenderungan arah pergerakan harga melalui period yg telah ditetapkan.
-juga sebagai batas dinamis.

2.BSBAND
-digunakan utk mengukur kekuatan buyer/seller mengikut period yg telah ditetapkan.
-juga sebagai batas.

3.RANGE CALCULATOR
-utk mengetahui berapa jarak price sudah bergerak dari permulaan market mengikut period yg telah ditetapkan.

Sebelum melakukan analisa/transaksi, anda harus tahu cara menggunakan setiap tool2 ini.Anda boleh google utk mengetahuinya.

sekian dulu buat permulaan.nanti sambung lagi yer....:)cgrock
 
Last edited:
1.LSMA
-digunakan utk melihat kecenderungan arah pergerakan harga melalui period yg telah ditetapkan.
-juga sebagai batas dinamis.

gusslsma.gif


Lihat gambar diatas.apa yg anda dapat lihat pada bulatan2 tersebut???kecenderungan arah pergerakan harga yg digambarkan oleh lsma harian.bermaksud kecenderungan pergerakan harga dalam masa 1 hari/24jam.lihat bagaimana ianya bekerja dgn sangat baik sebagai alat utk menunjukkan kecenderungan arah & sebagai batas dinamis(berubah2). Juga terdapat 3 bentuk kecenderungan yg ditunjukkan oleh LSMA iaitu tajam, landai dan flat/datar.

LSMA tajam - menunjukkan kekuatan pergerakan harga up/down sedang kuat.
LSMA landai - menunjukkan adanya indikasi pelemahan pergerakan harga dari arah sebelumnya.
LSMA flat/datar - menunjukkan harga cenderung utk bergerak ke atas & kebawah sehingga trending semula.

Lihat dulu ya.....amati puas2...nanti sambung lagi....:D
 
Last edited:
2.BSBAND
-digunakan utk mengukur kekuatan buyer/seller mengikut period yg telah ditetapkan.
-juga sebagai batas.

gussbsband.gif


Lihat gambar diatas.BSBand mempunyai 3 level iaitu Buyer Balance (BB), BuyerSeller Balance (BSB) & Seller Balance (SB).

Buyer Balance
-Level ini adalah level keseimbangan kekuatan Buyer. Jika PA bergerak dari bawah dan mampu berada diatasnya bermaksud Buyer sedang menguasai market. Jika PA bergerak dari atas ke bawah level ini bermaksud kuasa Buyer mula melemah.

Buyer Seller Balance
-Level ini adalah level keseimbangan antara Buyer dan Seller. PA pada level ini boleh jd ke atas atau ke bawah. Boleh dikatakan ini adalah grey area.

Seller Balance
-Level ini adalah level keseimbangan kekuatan Seller. Jika PA bergerak dari atas dan mampu berada dibawahnya bermaksud Seller sedang menguasai market. Jika PA bergerak dari bawah ke atas level ini bermaksud kuasa Seller mula melemah.

Ketiga2 level diatas juga dijadikan sebagai batas. Apabila PA tidak mampu melewati level2 tersebut, kita mendapat info yg Buyer/Seller belum melepaskan penguasaannya dan kemungkinan Buyer/Seller akan menyambung perjalanannya. Namun, satu perkara yg sering terjadi, apabila PA sudah melakukan aksi pergerakan yg sangat hebat, ia akan kembali mencari keseimbangannya.

nanti sambung lagi....:D
 
Last edited:
salam tt
t.kasih membuka jounal ttang KGBS
teruskan
 
salam tt
t.kasih membuka jounal ttang KGBS
teruskan

Waalaikummussalam geesya...terima kasih kerana sudi singgah ke journal nubie ini...disini saya akan kongsikan tentang KGBS TS mengikut kefahaman saya yg tak seberapa ni. Jika ada salah silap serta kekurangan harap senior2 KGers sudi membantu...:)
 
bagus nice

kalauboleh tt gunakan ayat paling simple dan ayat paling sennag nak difahami supaya semua orang boleh paham....


thanks
 
bagus nice

kalauboleh tt gunakan ayat paling simple dan ayat paling sennag nak difahami supaya semua orang boleh paham....


thanks

Salam bro...insyaallah saya akan cuba membuat ayat yg simple dan mudah difahami juga mengikut kefahaman saya. Jika sekiranya nanti ada yg kurang jelas harap bro dan yg lain2 ajukan pertanyaannya ya. Insyaallah saya akan cuba jawab dgn ringkas dan mudah utk semua org fahami.
 
Salam bro...insyaallah saya akan cuba membuat ayat yg simple dan mudah difahami juga mengikut kefahaman saya. Jika sekiranya nanti ada yg kurang jelas harap bro dan yg lain2 ajukan pertanyaannya ya. Insyaallah saya akan cuba jawab dgn ringkas dan mudah utk semua org fahami.

~X( Arghhh... sia nda faham.

p.s: yeah~ biar bahagian jurnal ni di penuhi dengan jurnal KGBS TS. :D
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15216
USD / JPY
160.310
GBP / USD
1.33905
USD / CHF
0.79340
USD / CAD
1.39325
EUR / JPY
184.702
AUD / USD
0.70520
Back
Top
Log in Register