Psikologi seorang trader - 1
Pd suatu petang, seorang pemimpin kaum Red Indian yg sudah tua menasihati cucu2nya berkenaan kehidupan. Dia mengingatkan cucu2nya tentang konflik/pertempuran yg berlaku dlm diri setiap manusia.
Dia berkata "Cucuku, dalam diri setiap daripada kita sentiasa wujud pertempuran antara dua ekor serigala. Seekor daripadanya sangat ganas/kejam. Serigala ini mendesak kamu ke arah kemarahan,kedengkian,kecemburuan, kehibaan, kekesalan, KETAMAKAN, keangkuhan, kesiankan diri sendiri, rasa bersalah, kemarahan, kehinaan diri, pembohongan, kebanggaan yg palsu, ingin menguasai, pentingkan diri dan ego yg membinasakan. Seekor lg serigala sangat baik. Serigala ini membantu kamu ke arah kehidupan yg menggembirakan, kedamaian, kecintaan, penuh harapan,ketenangan, kemanusiaan, kemurahan hati,empati, dermawan, sukakan kebenaran, berbelas kasihan, keimanan, menghargai diri sendiri, sentiasa bersifat memberi dan ego yg membina.
Cucunya berfikir seketika tentang cerita datuknya dan kemudiannya dia bertanyakan datuknya, "Serigala yg manakah yg menang dlm pertempuran itu?"
Orang tua Red Indian yg bijaksana itu menjawab, "Cucuku, serigala yg menang ialah serigala yg kamu beri makan".
(terjemahan bebas drp buku The 10 Essentials of Forex Trading : The Rules for TUrning Patterns into Profit oleh Jared F.Martinez)
Aku sentiasa teringatkan petikan kisah di atas setiap kali perasaan TAMAK menguasai diri semasa trade.
"Serigala yg TAMAK ialah musuh setiap trader"