ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUANTAN - Penganjuran Joran Amal Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung berjaya mengumpul dana mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Yang Dipertua PIBG, Zulaimi Ahmad berkata, penganjuran kali pertama itu dilihat sebagai berjaya apabila mendapat penyertaan kira-kira 400 kaki pancing.
Menurutnya, joran amal diadakan memandangkan lokasi sekolah itu berdekatan dengan Tasik Pelindung.
"Melihat kepada potensi yang ada, program sebegini mungkin boleh dijadikan aktiviti tahunan bagi PIBG sekolah.
"Kita juga melepaskan 1000 kilogram (kg) ikan keli di tasik berkenaan oleh Pengetua, Datuk Seri Junaini Kassim,"katanya.
Zulaimi berkata, program joran amal itu juga menepati matlamat untuk membabitkan ibu bapa dan guru dalam satu program.
Katanya, pihaknya akan memastikan kemudahan tasik yang terdapat di kawasan itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Hasil joran amal yang diadakan, kita berjaya mengumpulkan RM30,800 dan akan dimanfaatkan untuk menyediakan kemudahan di sekolah.
"Bagaimanapun, PIBG akan terus berusaha menambah dana untuk keperluan sekolah,"katanya.
Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan, rumah hantu dan sebagainya.