BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom tambah ilmu

Doa Nabi Yunus... Memang ajaib

khasiat ayat ni kalau diamalkan segala kesulitan dpt diselesaikan dgn mudah sgt..saya mmg rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa penyakit sekalipun, bgtau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi mmg betul.disebabkan saya tak tau byk ayat yg power, saya hanya hafal ayat ini sahaja.alhamdulilla h..memang power ayat ni.sgt2 miracle. Assalamualaikum wbt ........Kalau berita 'lain' mudah hantar, harap yang di bawah ni pun boleh hantar kepada member-member JGN DELETE walaupun sebelum ni dah pernah terima e mail macam ni dan juga dah pernah fwd pada kengkawan. Kerja baik buat selalu pun tak per.. Doa Nabi Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"
(Surah Anbiyak)
 
Pesan roh apabila mati

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:


"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut".


Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:


"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:


"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".


Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai
Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:


"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi
janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka
buat selama-lamanya".


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan:


"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai
ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan
untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung arahanku".


"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari kubur dan duduk di tepi
kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat
jirannya juga dalam keadaan yang sama.


Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka mayat itu menjawab:


"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak
yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan berdoa dan
bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah
sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya
sudah ada nur pada mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut.


Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain lalu masuk menarik
roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir
sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman
itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
>terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.


Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat
orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."


Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain."


Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T., maka malaikat
maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada
jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.


Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."


Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."


Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka
keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1.Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2.Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3.Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6.Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari minyak misik.


7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya


1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
3..Orang yang berpuasa di hari Arafah.

Sekian, wassalam.
 
Sembahyang di akhir waktu

Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita
lewatkan sembahyang kita yea


Jika berpuasa
Amalan kita direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya


Kisahnya.....
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi


Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga


Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan


Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah...


Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi...penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi
ke bumi
Maka..
Jatuh berderai...
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua


Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang
kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan


Dilangit ketiga,
La.... Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai....
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka..
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa


Ish....
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti


Ya Allah...
Ampunkan kami...
Kerana lalai...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang


Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak
segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.


Amin
 
Bakhil

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w.
Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!


Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"


Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."


Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu
Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan
mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulul lah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. "
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu
dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau
sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.
 
terima kasih saudara kerana berkongsi ilmu agama kat sini
 
Back
Top
Log in Register