BTC USD 83,083.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Jom Sembang Pasal "SOLAR"

Saya tak banyak sangat la knowledge pasal solat, tapi kat Kulim hi Tech, kilang FirstSolar, dengar
dengar ramai meninggal sebab dia punya chemical, lupa apa nama dia...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com​

Alamak pasal tu tak tau la pulak sebab bukan nak sembang pasal macam mana nak buat solar panel.. tapi nak sembang pasal macam mana nak pasang system ni kat premis masing2.. hehe

yang dekat klia,bro jugak ke yg pasang?

Yang kat KLIA tu dulu dapat offer tapi boss tak mo sebab tinggi risikonye and die ade startegi business lain..

Banyak lak cite2 negative pasal solar ni.. Mrs tengok kat negara2 lain elok je implement..

Ce cite detail lagi TT.. ramai yg minat nk tau straight to the point je rasanya..

Misalnya total cost/ nett kos dan efficiency dia.. contohnya boleh ke dgn solar energy sahaja semua electrical appliances kat rumah boleh berjalan sepwrti biasa..?

Pada pendapat saya Malaysia perlukan sikit lagi education pada renewable energy.. Malaysia baru nak naik bende ni.. dalam 2-3 tahun kebelakangan ni la..

Go straight ok je MRSMONEY tapi nanti orang tak paham konsep asal die..

Pasal Cost Effective akan di update nnt.. saya nak create table pasal income n cost untuk di presentkan..

Konsep solar system yang sedang di impliment kat Negara kita ni pun ramai tak paham.. so saya akan kongsikan jugak nanti macam mana.. Tunggu..

baca kat web seda.gov.my

menarik gak kalo dapat implement untuk alternative energy nih...

at least mengurangkan kebergantungan kepada sumber alam yang kian terhakis.

selain generate income via buy back from tnb, boleh menutilizekan penggunaan bumbung dan lain2 cuma kosnya agak tinggi buat masa ini.

pada pendapat saya, kos memang akan meningkat.. cumenye income aje akan menurun kalau buat lambat..

Tak paham?? Tunggu saya bentangkan Konsepnye nanti..


TT topik yang bagus. sy pun mmg berminat dgn renewable energy ni. tapi mohon pencerahan. walaupun negara kita panas tapi dikatakan malaysia tak dpt nk fully utilized solar ni sbb kita tak dpt direct sunlight..maksudnyaa panas saja takdak guna..tenaga solar pentingkan direct sunlight..

malaysia ni walaupun panas tapi cloudy. so solar tak dapat full potential klu ada awan blok. btul ke? klu salah tlg betulkan

boleh la nnt create thread utk kongsi beli solar panel..yieha :D

Mengenai pendapat ni.. saya boleh kate saya tak setuju sebab saya ade projek reference.. so ade benar ade salah jugak.. nanti kalau berkesempatan saya update prove project saya yang dah jalan ye..

Terbaik ni

kalau aku buat rumah...ingt nak guna panel solar ni...tp rasenye kos utk serumah cecah 40k

anggaran yang bijak disitu.. tapi boleh kite sembang lagi...


Saya akan update lagi nanti.. tunggu. maaf saya update lewat.. Kalau ada masa saya share ape yang patut ye..

Tunggu..!!
 
Last edited:
TT, antara pv tradisional, ngan jenis tiub ngan yg terbaharu, thin pv, mana yg paling ekonomi, effective dr segi penghasilan tenaga dn low maintenance..

Juga nak tanya ttg inverter, yg paling sesuai dgn penghasilan tenaga..
 
cakap pasal renewable energy ni haritu ada tengok documentary..guna cahaya matahari jugak tapi diorang guna cermin concentrate cahaya matahari kat menara yang mengandungi garam cecair, garam cecair tu nanti akan dilalukan bawah air, air tu tukar jadi wap..wap gerakkan turbin, turbin generate tenaga..aku rasa Malaysia boleh buat macam ni kat negeri yang kurang dapat hujan..
panelsreflec.jpg

Rice-Solar-Project-CA-2.jpg



lagi satu dorang nak kurangkan kos pemanas air / nak sejukkan rumah dorang pasang paip kecik atas bumbung..air tu sebagai penyimpan haba, cam radiator la..air tu boleh guna untuk mandi / sejukkan rumah..
solar-air-conditioning.jpg
 
Nak jimat dan invest guna pakej yg tnb sediakan.. Standby dlm 50k .. Tnb beli semula power.. Average monthly dpt rm700 tnb bayar..depends pada load la..sekejap je dah break even..bos bini aku dah 2 bulan pakai .. Tokey2 cina apek2 dah ramai guna pakej tu.. Coming soon terbaru old town cafe satu mesia tengah install nak pakai..
 
Kat negara Barat ramai yg dah lama guna solar sebagai tenaga altenatif. Tapi kalau kita kat Malaysia ramai2 guna solar, rasanya lama2 akan timbul pula undang2 baru yg melarang penggunaan Solar, sebab kalau dah ramai guna Solar, kuranglah pula untung TNB kan?

Jadi kalau nak guna Solar juga, better guna dalam diam...

P.S Kat kampung2 kalau guna Solar ni sesuai, gomen tak nampak sangat...
 
Kat negara Barat ramai yg dah lama guna solar sebagai tenaga altenatif. Tapi kalau kita kat Malaysia ramai2 guna solar, rasanya lama2 akan timbul pula undang2 baru yg melarang penggunaan Solar, sebab kalau dah ramai guna Solar, kuranglah pula untung TNB kan?

Jadi kalau nak guna Solar juga, better guna dalam diam...

P.S Kat kampung2 kalau guna Solar ni sesuai, gomen tak nampak sangat...

tapi TNB sendiri yang akan mengeluarkan cost untuk pemberian saguhati ( return ) / buy back...mungkin diaorg ada cara tersendiri untuk generate ...

mungkin :

- beli dengan nilaian murah pada customer (pengguna solar)
- store sekian2 tenaga yang dibeli dari customer (pengguna solar)
- penjimatan / pengurangan cost atau pengurangan pembelian tenaga daripada IPP (contohnya)

contoh lain :
beli dari customer 4000kWh = rm700
beli dari pengeluar lain 4000kWh = rm1000?
jual balik pada end user = 4000kWh = rm1500

dah kurangkan 300 cost pembelian , jana profit lak 800 = total keuntungan = 1100

IMHO je laaa
 
tapi baguslah kesedaran untuk menggunakan tenaga solar...
even ada program buy back dari TNB

seperti mana dalam web seda
- solar
- hidro
- gas
- angin

takde laa guna sumber korek bawah tanah/laut jer...
 
Rumah mesti mau pasang 16 solar panel.
Modal mula rm50k.
Rumah akan ada 2 meter. 1 meter biasa, kita pakai dari tnb.
1 meter untuk solar , tnb beli dari kita.
Modal mula rm50k, ROI selepas 21 tahun ialah rm150k.
Kompeni nama solar harvest cerita kat aku.
 
Rumah mesti mau pasang 16 solar panel.
Modal mula rm50k.
Rumah akan ada 2 meter. 1 meter biasa, kita pakai dari tnb.
1 meter untuk solar , tnb beli dari kita.
Modal mula rm50k, ROI selepas 21 tahun ialah rm150k.
Kompeni nama solar harvest cerita kat aku.




(150k - 50k) / 50k x 100% = 200%

200% / 21 tahun

interm of ROI ...200% = 9% setahun.
 
Back
Top
Log in Register