Saya dah tengok result EA tu dalam website dia. Owner tu trade EURUSD average lot dalam USD40 bagi satu pip. Untung dia kebanyakannya dalam range 1 pip hingga 20 pip (USD40 - USD800). Oleh kerana Instaforex kenakan spread lebih kurang 3 pip, so untung akan kurang dengan banyak jika gunakan EA tu. Silap-silap lagi banyak rugi.
Tapi kalau nak poll beli EA tu, saya nak turut serta. Nak try jugak benda tu.
Saya trade Spot Gold dengan untung dan rugi main ratus-ratus pip menggunakan EA yang telah saya ubahsuai. Setakat spread Instaforex 60 pip untuk Gold tu, kira boleh cover lagi la, dan boleh cecah untung average 100% setiap bulan.
Saya dah backtest EA Gold Trading saya boleh cecah USD100,000 dengan modal USD10,000 antara 15/7/13 hingga 14/10/13 (sama dengan tempoh trading EA yang menang tu, malah untung lebih tinggi, maximal drawdown juga rendah, kurang 20%).

