BTC USD 80,819.5 Gold USD 4,353.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom kongsi resepi memasak !!

Apa kata anda tambahan variasi menu makanan anak-anak lagi untuk bayi diatas 8 bulan. Resepi ini dikongsi oleh Ibu Husna Najla menerusi akau Facebooknya. Sediakan bahan-bahan seperti dibawah serta ikuti langkah membuatnya.

Bergedil Cheese


Bahan-bahan :


Unsalt Butter

Bawang Holand

Isi Ayam

Bawang Putih

Cream Cheese

Kentang

Lobak

Brokoli

Daun Sup

resepi bergedil chees mudah, pasti anak tambah berselera


Cara-cara :

1.Tumis bawang putih & Holland dengan Unsalt Butter sampai kuning. Masukkan isi ayam dan goreng sehing kekuningan.

2. Cream Cheese, Brokoli, lobak dan kentang stim sehingga lembut

resepi bergedil chees mudah, pasti anak tambah berselera


3. Selepas itu, lenyekkan serta masukkan sedikit daun sup. Uli doh mengikut keselesaan anda.

resepi bergedil chees mudah, pasti anak tambah berselera


4.Jika mau anda boleh celup sedikit telur pada doh anda dan gorengkan sehingga masak.

resepi bergedil chees mudah, pasti anak tambah berselera


Resepi mudah ini pasti disenangi oleh anak-anak anda. Cara penyediaannya juga mudah. Selamat mencuba.

Sumber : Pa&Ma, Ibu Husna Najla
 
Tak sangka mudahnya masak tempoyak

Bahan-bahan


Cili Padi

Kunyit Hidup

Bawang Merah

Petai

Ikan Bilis

Petai

Daun Kunyit

Tempoyak

Daun Kesum

Bawang Holland






Selamat mencuba.

Sumber : Youtube
 
Pengguna Twitter @deNASHdeANDRE telah berkongsi resepi untuk memasak ikan keli goreng tumis cili padi. Tengok gambar pun dah naik selera, jom tengok macam mana nak masak

(Disalin dari Twitter)
Bahan bahan yang korang perlukan


1. Ikan keli (boleh je nak guna ayam or apa je korang nak)

2. Cili padi

3. Bawang putih & bawang merah

4. Garam

5. Serbuk perasa (aku guna pasti sedap)

6. Serbuk kunyit

Simple je bahan dia gais cepat ringkas dan mudah..

Benda pertama sekali gais korang kena marinate dulu ikan keli ni dgn serbuk kunyit + sedikit air + sedikit garam.. Bergantung pada kuantiti ikan korang tu lah..

Selar selar sikit ikan tu biar cepat masak.. Mcm dlm gambar ni gaiss..

cuba try resepi ikan keli goreng tumis cili padi ni


Lepas tu korang open kuali satu.. Curahkan minyak.. Lepas tu gorengkan ikan keli ni.. Biarkan depa berasmara dalam kuali tu..

Make sure goreng sampai garing..

Baru sedap

Ps: Kuala keramat mak aku tu gais aku rembat bawak g rumah sewa ni hahaha

cuba try resepi ikan keli goreng tumis cili padi ni


Di sebabkan kulit ikan keli menghasilkan letusan minyak yang menyeramkan..

Aku gunakan taktik paskal utk halang letusan tu kena kulit aku yg flawless ni Hahahah

Bagus tektik ni utk yg jenis jaga kulit

cuba try resepi ikan keli goreng tumis cili padi ni


Dah settle goreng ikan korang rest kan depa kat satu tempat lain..

Baham2 mcm cili padi bawang putih bawang merah korang tumbuk gais sampai lumat

Kalau suka pedas letak lebih sikit cili tu

Masuk minyak sikit lepas tu tumis

Sampai naik bau..

cuba try resepi ikan keli goreng tumis cili padi ni


Naik je bau korang lempor je ikan keli yang korang dah goreng tadi ke dalam rencah yg korang dah tumis tadi..

Masukkan sikit serbuk pasti sedap..

Goreng bersama dalam 3 minit lepas tu boleh angkat dan hidang

Settle satu resepi

Sedap makan dgn nasi putih gaiss

Easyy je masak

cuba try resepi ikan keli goreng tumis cili padi ni


So hari ni aku mmg plan nak masak lepas balik kerja.. Sebab semalam ada beli ikan keli mmg sedap kalau masak goreng cili padi..

So ini adalah THREAD & TOTURIAL

IKAN KELI GORENG TUMIS CILI PADI SKRAP PAP PAP BUJANG STYLE

So yg mana nak amik resepi ni boleh la cuba sendiri pic.twitter.com/ayzYFNBfN5
— S Y A F E E Q (@deNASHdeANDRE) May 25, 2019
Sumber : Twitter
 
Ikan keli skang was-was nak beli..lebih2 lg yg perut kuning tu..pembekal dr org cina.wekk
 
Back
Top
Log in Register