BTC USD 82,260.2 Gold USD 4,195.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Johorfc Gabung Johorfa?

bengang2003

Fun Poster
Messages
765
Joined
Mar 21, 2007
Messages
765
Reaction score
3
Points
15
apa komen korang? johorfa nak gabung dengan johorfc..aku tak setuju:mad::(scam
 
Gabungan Johor, Lebah mampu beri impak baru

Oleh Lokman Zainal Abidin dan Rizar Mohd Noor

PENGGABUNGAN Johor dan Johor FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dilihat mampu memberi impak baru kepada transformasi bola sepak Johor yang sekian lama merudum.Naib Presiden 1 Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Abd Aziz Sapian (gambar) berkata, rombakan besar-besaran akan dilakukan bagi mewujudkan satu pasukan bola sepak negeri yang lebih mantap dan tiada lagi dua pasukan dari satu negeri bersaing antara satu sama lain.

Katanya, satu mesyuarat antara pengurusan PBNJ dan Johor FC sudah diadakan dan ia berjalan lancar dengan kedua-dua pengurusan juga tampak positif apabila melihat betapa perlunya dua pasukan itu digabung.

“Pengurusan tertinggi PBNJ tidak mahu lagi wujud konflik antara Johor dan Johor FC. Biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bola sepak Johor.

“Menerusi penggabungan itu kelak, saya yakin tiada lagi jurang malah pemain beraksi hanya untuk satu pasukan. Mengenai siapa yang menguruskan pasukan satu mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi untuk menentukan sama ada pengurusan PBNJ atau Johor FC mengendalikan skuad Johor.

“Jika semuanya lancar, pengurusan tertinggi PBNJ akan menghantar surat kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk memaklumkan penggabungan Johor dan Johor FC dan saya yakin tidak masalah dari badan bola sepak negara menerima penggabungan berkenaan,” katanya.

Berhubung siapa yang bakal membimbing skuad gabungan itu, Abd Aziz berkata, panel jurulatih akan dilantik untuk mengenal pasti calon sesuai dan pastinya tumpuan terarah kepada jurulatih dari Johor manakala pemain yang diserapkan juga lebih tertumpu kepada pemain tempatan.

Katanya lagi, setiap pemain antara Johor dan Johor FC yang masih memiliki kontrak akan dikaji semula dan jika perlu disambung, pihak PBNJ dan Johor FC akan menentukan kelak bagi mengelak berlaku kekeliruan,” kata Abd Aziz lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh PBNJ sebaik permohonan bergabung dengan Johor FC itu diterima nanti.

“Buat masa ini, saya belum boleh membuat sebarang kenyataan kerana kami perlu meneliti dan melihat terlebih dulu apa cadangan mereka. Soal penggabungan itu adalah hak mereka dan FAM tidak akan menghalang.

“Yang menjadi ahli gabungan FAM ialah PBNJ manakala Johor FC pula adalah ahli gabungan PBNJ. Johor FC dibenarkan bertanding di dalam Liga-M atas kapasiti kelab yang dibenarkan. Secara dasarnya, tidak ada masalah dengan apa yang mereka mahu lakukan itu. “Bagaimanapun, saya perlu menunggu surat rasmi PBNJ berhubung hasrat mereka untuk bergabung,” katanya
 
biorkanlah..utk kebaikan negeri johor gak..:D
 
johor fc ramai bekas player yg baguih2..
johor fa plak byk player muda..
kene gabung utk kebaikan bolasepak johor..
coach plak bg johor fc nye laa..
azuan zain tuh mmg hebat..
 
Aku setuju sesangat digabungkan.... bagus2... lantak r...sebab aku bukan org johor... hahaha:eek:
 
ok la tu..lama dah tak dpt piala...

ingat lagi zaman2 boban..salehan mat som..khalid shahdan...nasir yusof...salleh mad noor...abbas saad...alistair edwards...

untuk kebaikan apa salahnya gabung...mesti mantopppp...
 
aku tak setuju sebab campurtangan politik sebegini boleh memusnahkan bola sepak malaysia..

ok aku bagi satu kes..korang setuju tak kalau:

tteam gabung dengan terengganu
kl gabung ngan klplus
pkns gabung dengan selangor

or else, luar negara
ac milan gabung inter milan
man city gabung man u
everton gabung liverpool
spurs gabung arsenal


dan banyak lagi dengan alasan nak bentuk team yang mantap..

dulu man city takde duit, ada ke dia sebok nak suruh gabung ngan man u? takde kan, dia carik investor then pump duit banyak2 untuk saingi liga..
 
Gabung & swasta akan ajer terus, biar pengurusan yg di swasta kan buat keputusan sendiri dan target 3 tahun mesti dapat Piala Malaysia
 
dulu masa semi pro mungkin tak ada wujud kelab2 ni..

tapi sejak liga malaysia masuk era profesional..banyak kelab tumbuh dan masa tu government sendiri support agar syarikat swasta terlibat dalam pembangunan bola sepak malaysia..kononnya tu akan berjaya mencungkil bakat2 baru..

kalau dah gabung bukan kata tak dapat cungkil bakat baru, mana yang ada skang ni mesti ada yang kehilangan pekerjaan..

ni semua sebab jeles dengan johorfc yang lebih berjaya dari johorfa..
dulu johorfa gabung dengan pasir gudang united..jadikla johorpg..

tak sampai 2 tahun perkataan johorpg dah ilang, tinggal johor aje..persoalannya di mana perkataan PG tu tinggal?
 
Back
Top
Log in Register