BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor laksana pembenihan awan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pegawai Unit Pembenihan Awan bersiapsedia laksana operasi.​

JOHOR BAHRU - Operasi pembenihan awan mula dilakukan di negeri ini susulan keadaan paras air empangan utama direkodkan menyusut kerana keadaan tiada hujan khususnya di kawasan tadahan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri memaklumkan air di Empangan Sembrong, Empangan Lebam, Empangan Upper Layang, Empangan Lower Layang, Empangan Machap dan Empangan Linggiu dilaporkan dalam keadaan kritikal.

"Pembenihan awan ini menggunakan kaedah "hygroscopic flare" atau "dry seeding" dengan kadar kejayaan adalah tinggi iaitu kira-kira 80 peratus dan kebiasaannya akan hujan lebih kurang 15 hingga 20 minit setelah dilakukan pembenihan awan.

"Dijangkakan sekiranya kerja pembenihan ini tidak dilakukan berkemungkinan besar daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang akan mengalami catuan air, dianggarkan melibatkan lebih 150,000 akaun pengguna," katanya.

Operasi tersebut melibatkan pelbagai agensi iaitu Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) selaku peneraju, Jabatan Meteorologi Malaysia, Setiausaha Kerajaan Johor, Suruhanjaya Air Johor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kelmarin, merupakan hari pertama pembenihan awan yang menggunakan pesawat Cesna bermula jam 1.30 petang hingga 4.00 petang merupakan dan dijadualkan akan dilakukan 'cloud seeding' ini selama 10 hari, berdasarkan keperluan dan nasihat dari Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Bakaj, Rashid Abdul A Rahman berkata, operasi selama 10 hari itu dijangka meningkatkan 30 peratus tahap air di kesemua 14 empangan di negeri ini.
 
2hari lepas petang..hujan selebat-lebatnya kt Bandar Johor.
 
Back
Top
Log in Register