BTC USD 82,709.8 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor haram 'Pool Party'.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Salaam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johorharam_PoolParty_/Article/

Johor Bahru: Kerajaan Johor tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan parti liar termasuk ‘Pool Party’ yang dirancang diadakan di sebuah pusat hiburan di Bukit Indah di sini, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latiff Bandi, berkata penganjuran program itu bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan budaya negara ini serta boleh menimbulkan permasalahan sosial khususnya dalam kalangan remaja.


“Jika ia dilakukan oleh premis pusat hiburan, lesen perniagaan boleh ditamatkan kerana ia menyalahi syarat peraturan premis perniagaan. Polis juga boleh mengambil tindakan jika ia dianjurkan tanpa permit,”
katanya kepada BH, semalam.

Beberapa laman sosial dan portal berita melaporkan sebuah pusat hiburan di Bukit Indah akan menganjurkan ‘Pool Party', esok.

Difahamkan, parti liar itu menetapkan wanita yang ingin menyertainya perlu memakai pakaian separuh bogel atau bikini, selain turut ditawarkan minuman keras secara percuma.

Ditanya jika penganjur membuat permohonan rasmi kepada PBT, Abd Latiff menegaskan pihaknya tidak akan sesekali memberi kebenaran kerana program itu bertentangan dengan tatasusila, agama dan adat masyarakat negara ini khususnya di Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad, mengesahkan menerima maklumat mengenai penganjuran parti liar di premis hiburan terbabit.

“Kita menerima laporan mengenai hasrat pihak ibu pejabat pusat hiburan berkenaan yang ingin mengadakan parti itu. Bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkannya.

“Jika ada permohonan daripada penganjur, polis akan berbincang dengan PBT untuk tindakan susulan,” katanya.
 
Allah selamatkan kami semua...
 
pakai lagu tu..arak percuma.mau tepi pool jadi kerja...tindakan tegas harus diambil ler...
 
pantau jgn x pantau.. private party kt banglo2 tu serbu la skali..
 
Back
Top
Log in Register