BTC USD 82,428.0 Gold USD 4,124.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Pun Ada Batik!

kupanglaut

Legendary Member
gem
Messages
10,095
Joined
Jun 13, 2025
Messages
10,095
Reaction score
99
Points
130

Johor Pun Ada Batik!​

9d2c0e8e5c5a00e645a5a31a125285fe6a4718c753c9d

gambar fail

Persoalan yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat itu kini menterjemahkan satu realiti baharu apabila Batik Johor mula memecahkan dominasi pasaran industri kraf tanah air yang selama ini dikuasai produk dari Pantai Timur.

Bukan sekadar helaian kain biasa, Batik Johor kini diangkat sebagai produk kraf premium yang mengangkat martabat warisan tradisi selatan tanah air dengan mengetengahkan elemen tempatan seperti lada hitam, gambir dan corak belang harimau sebagai lambang identiti negeri.

Pelopor Batik Johor, Maimunah Yaacob, 58, berkata beliau menumpukan 31 tahun dalam usaha membangunkan dan memelihara seni kraf berkenaan di negeri itu.

“Saya menerima latihan asas mencanting pada 1993 di Terengganu sebelum meneruskan pengajian dalam bidang itu di Jalan Conlay, Kuala Lumpur selama dua tahun. Sekembalinya daripada program berkenaan, saya memulakan perniagaan dengan modal awal RM2,000 di ruang dapur rumah.

“Pada waktu itu, tidak semua orang menghargai batik, namun saya tekad mengusahakan perniagaan ini dengan memberi tumpuan kepada penghasilan produk unik yang belum dihasilkan orang lain,” katanya kepada Bernama.

Berkongsi mengenai keistimewaan Batik Johor, Maimunah berkata keunikan produk itu terletak pada rekaan motif yang mengangkat khazanah alam serta sejarah setiap daerah di negeri berkenaan, dengan setiap corak yang dihasilkan mempunyai kaitan rapat dengan identiti tempatan.

“Sebagai contoh, daerah Muar dan Pontian diwakili menerusi motif pokok berembang serta buah nanas. Bagi kawasan Kota Tinggi dan Sedili pula, kami mengetengahkan elemen hutan paya bakau dan batu karang kerana kawasan itu dikelilingi laut.

“Lambang kemegahan warisan Johor seperti lada hitam, gambir serta corak harimau turut diadaptasi dalam rekaan fabrik ciptaan saya, sekali gus menterjemahkan identiti negeri dalam bentuk seni tekstil,” katanya yang mengusahakan kraf itu menerusi jenama Ranorm Batik Creation di Kampung Singapura, Tanjung Sedili.

 
Back
Top
Log in Register