BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Joachim, Masidi Dan Ewon Dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
d42cdf2799ba3034bfbe4092042c46d0692d6764e0b75

318738af44db088683e1fc73026ffa9b692d67e13383e

3fc6a79b1f742cba647e8e8b182b9cbb692d67432210f

Datuk Ewon Benedick

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam antara tiga Timbalan Ketua Menteri baharu yang dilantik dalam Kabinet negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, Sabtu lepas.

Dua lagi ialah Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.

Joachim, Masidi dan Ewon selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman pada Istiadat Angkat Sumpah Anggota Kabinet Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Pada awal pagi Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17.

Mengikut keputusan rasmi PRN itu, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Parti Warisan (Warisan) pula mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), UPKO (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR (dua) manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

 
Back
Top
Log in Register