eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JITRA: Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) mengesan produk keluaran syarikatnya, Jus Mate 5 (JM5) ditiru pihak tidak bertanggungjawab dan dipercayai boleh menjejaskan kesihatan pengguna jika menggunakannya.
Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, berkata selepas menyiasat hampir dua bulan, beliau mengesahkan produk JM5 tiruan diperoleh itu dihasilkan menggunakan tepung yang boleh mengakibatkan kanser serta dan buah pinggang jika terus mengamalkannya.
Beliau berkata, produk JM5 asli dihasilkan menggunakan formulasi bahan aktif iaitu Guar Gum, Garcinia Cambogia, Serbuk Hoodia Gordonii dan banyak lagi yang mampu memberi tenaga dan membantu pengguna menurunkan berat badan.
“Saya dimaklumkan harga produk JM5 tiruan lebih murah dan dijual pada harga antara RM120 hingga RM140 sekotak berbanding harga pasaran ditetapkan iaitu RM150 sekotak bagi ahli dan RM200 untuk bukan ahli.
“Semua produk JM5 yang dijual secara runcit di kios, pasar raya besar, kompleks beli-belah dan pasar malam adalah palsu dan kami menasihatkan pengguna supaya membeli terus melalui ibu pejabat HPM,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap pengguna tidak tertipu kerana sistem perniagaan berimbuhan diperkenalkan beliau begitu mudah dan pengedar boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian, pos atau melalui pengedar sah dilantik syarikat. Beliau berkata, pengguna boleh menghubungi HPM untuk membuat pengesahan di talian 04-9164262 atau 04-9179746 atau 04-9164262.