BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jiran mengadu bau busuk

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Pihak bomba terpaksa memecahkan pintu kediaman mangsa sebelum menemui mayatnya berhampiran tandas.​

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang wanita menghubungi pihak polis selepas terhidu bau busuk dari kediaman jirannya membawa kepada penemuan mayat seorang jurujual kereta di unit Pangsapuri Lily dan Jasmin, Taman Tampoi Indah di sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 40 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran bilik air kediaman terbabit kira-kira jam 4 petang oleh pihak polis selepas menerima panggilan daripada jirannya.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Chitra mengakui, menghubungi pihak polis kira-kira jam 3.30 petang selepas jirannya mengadu terhidu bau busuk daripada kediaman terbabit.

"Jiran mangsa memaklumkan terhidu bau busuk, dia cuba hubungi telefon bimbit lelaki itu namun tiada jawapan.

"Saya berasa tak sedap hati dan mengambil keputusan pergi ke rumah lelaki itu yang berada di aras bawah kediaman saya. Bagaimanapun bau terlalu busuk, kami tak mampu berada di situ lebih lama dan terushubungi polis," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, mayat dikenal pasti sebagai Lau Heng Chai, 46.

Katanya, mayat Heng Chai ditemui di hadapan pintu tandas rumahnya dan pemeriksaan pada badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan atau tanda-tanda berlakunya kejadian jenayah.

"Kami menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang terhidu bau busuk dari dalam rumah terbabit, jam 3.34 petang dan dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat, pintu rumah mangsa yang terkunci berjaya dibuka.

"Keadaan dalam rumah mangsa tidak berselerak dan kemas bagaimanapun berkunci dari dalam," katanya.

Tambahnya, ahli keluarga mangsa yang berada di Melaka sudah dimaklumkan dan dalam perjalanan ke Johor.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
 
Back
Top
Log in Register