BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Periksa Lebih 1,000 Warga Asing Di Hentian Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

JIM Periksa Lebih 1,000 Warga Asing Di Hentian Klang​

40bcab9b88324dd300e49de9d45f6c0f6a536a467ed23

f616c1292aebdb113f1d8a799525e62b6a536a695f6e5

87fcaa16c0ad8783c180031629ed9e726a536a8ec1c8b

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 1,000 warga asing menerusi Ops Mega di sekitar kawasan Hentian Klang hari ini dalam usaha membanteras kehadiran pendatang tanpa izin.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan pemeriksaan terhadap lebih 1,000 warga asing menerusi Ops Mega di sekitar kawasan Hentian Klang hari ini dalam usaha membanteras kehadiran pendatang tanpa izin.

Pemeriksaan mengejut bermula kira-kira 12 tengah hari itu menyasarkan lot kedai serta pelbagai premis perniagaan dan hostel, yang dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan utama penempatan serta aktiviti ekonomi komuniti warga asing di daerah Klang.

Tinjauan Bernama mendapati pasukan penguat kuasa meneliti status dokumen perjalanan setiap individu yang ditahan bagi memastikan tiada pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk kesalahan tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen sah.

Difahamkan, JIM memberikan fokus penuh dalam proses saringan itu untuk mengenal pasti sebarang penglibatan pihak luar atau majikan yang melindungi pendatang tanpa izin, antaranya warga Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan Indonesia.

Operasi bersepadu itu turut membongkar kegiatan menyalahi undang-undang di premis terlibat apabila pihak berkuasa menemukan bukti aktiviti tidak bermoral serta penjualan barangan terlarang di beberapa unit penginapan sementara berkenaan.

Tindakan proaktif berskala besar itu dijayakan menerusi penglibatan 250 pegawai serta anggota penguat kuasa hasil kerjasama strategik antara JIM Putrajaya, JIM Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Selangor untuk siasatan lanjut dan perincian lengkap akan didedahkan dalam sidang media oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban di Putrajaya, esok.

 
Back
Top
Log in Register