BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai jgn salah anggap dgn nama

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk
menebang pokok.

2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di
Pahang tetap akan disebut Pekan.

3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh
ditarik,contohnya teh tarik.

4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi
boleh melahirkan adalah surat beranak.

5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh
dicucuh dan menyala.

6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang
boleh di percayai adalah di Janda Baik.

7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di
Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.

8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk
membuat rumah.

9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya
objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan
kanan,penggunaan istilah Dualipar adalah salah
dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.

10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara
yg lebih tua dari adik2nya.

11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut
untuk menghidu dan mengesan dadah.

12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.

13-Kuda laut tidak boleh berlumba.

14-Walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak
jatuh ketika berjalan.

15-Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yg
membawa ke pajak gadai
 
Hmmm bolehlaa

Lawak kategori hadiah saguhati

sagu sebenarnya adalah sejenis makanan manisan yg sedap.

hati pula adalah seketul daging yg ada tubuh manusia...kalau elok hati eloklah perangai org tue. begitulah sebaliknya.

bila digabungkan jadilah hadiah yg akan diberikan kpd org yg x layak menang tempat 1 hingga ke 3. supaya mereka tak rasa kecik hati sebab tak menang
 
cucuq badak...adalah sejenis kuih yg ada inti kelapa serai dan udang kering. jgn mimpilah nak jumpa badak dlm kuih nie.

menyorok.....sebelah utara bermaksud sarapan pagi. bukan sembunyi. dgn syarat perkataan ini hendaklah digunakan sebelum lunch.
 
no 9 meme lawok... :D
 
Kereta sorong telah disalah guna sehingga hari ini, sepatutnya ia disorong, Bukan ditolak..
 
Back
Top
Log in Register