ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Suhaimi (tengah) berbincang bersama bersama nelayan di Jeti Perpat Timbul mengenai pembinaan chalet di situ.
PONTIAN - Jeti yang menempatkan kira-kira 50 nelayan sungai di Perpat Timbul bakal berubah menjadi chalet apabila kerja baik pulih yang dianggarkan bernilai RM20,000 dilakukan pada tahun ini.
Adun Kukup, Suhaimi Salleh berkata, jeti berkenaan telah mempunyai sebuah ruang khas dijadikan bilik serbaguna yang amat sesuai sebagai bilik penginapan.
Menurutnya, kerja baik pulih jeti yang dijangka siap pada penghujung tahun ini, membolehkan lebih ramai kaki pancing menginap di kawasan chalet tersebut.
"Jeti Perpat Timbul yang terletak berhadapan Selat Tebrau dan Singapura menjadi pilihan kaki pancing dan orang ramai untuk dikunjungi terutama pada musim cuti persekolahan.
"Apabila jeti tersebut siap dinaik taraf dengan kemudahan tandas dan bilik penginapan, ia akan menjadi jeti pertama yang dilengkapi chalet," katanya kepada Sinar Harian pada lawatan ke Jeti Perpat Timbul, di sini, semalam.
Beliau berkata, kewujudan produk baharu seperti chalet di jeti nelayan mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong khususnya kaki pancing.
Ujarnya, pentadbiran daerah perlu melakukan perubahan supaya aset yang ada ini dapat terus memberikan kelebihan kepada sektor pelancongan tempatan dengan kepelbagaian produk yang disediakan.
Sehubungan itu, pihaknya meminta agar nelayan tempatan memanfaatkan peluang yang wujud untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menyediakan perkhidmatan menyewa bot dan menjadi jurupandu di kawasan sungai di sekitar Kukup.
"Selepas Jeti Perpat Timbul, beberapa jeti nelayan lain di sini akan dikenalpasti dalam usaha menjadikan kawasan jeti destinasi pelancongan berasaskan alam semulajadi," katanya.