BTC USD 81,880.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jesus Manusia Klon Pertama?

apa rasional kau cakap dia tu orang klon pertama? adakah sebab nabi isa dilahirkan tanpa bapa? itukan kebesaran Allah s.w.t. Kun faya kun
 
Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.
(Surah A-li ‘Imraan, Ayat 59)

suke kehidupan....:D:">
tuan tanah,
bg sy le kan, benda ni x boleh sgt dpkirkan....
boleh tergugat iman nih kalu pkir dalam2....
 
kalau klon nak klon dari sapa, jangan le pikir jauh sgt, pening ooo,yang penting kita mesti beriman bahawa nabi isa merupakan salah seorang rasul yang 25, wajib beriman, cuba check rukun iman

Maksudnya, Jesus yg disalib itu bukan nabi Isa A.S tapi adalah klon nabi Isa. Menurut riwayat yang pernah aku baca/dengar wajah pengikut nabi Isa yg sedang mengejar baginda telah diubah rupanya seperti nabi Isa & nabi Isa pada masa yg sama diangkat kelangit. Kemudiannya akan diturunkan pada akhir zaman untuk menentang Dajal.
 
Maksudnya, Jesus yg disalib itu bukan nabi Isa A.S tapi adalah klon nabi Isa. Menurut riwayat yang pernah aku baca/dengar wajah pengikut nabi Isa yg sedang mengejar baginda telah diubah rupanya seperti nabi Isa & nabi Isa pada masa yg sama diangkat kelangit. Kemudiannya akan diturunkan pada akhir zaman untuk menentang Dajal.

betul ke ni hatisuka....
aku x pnah tau le....
maybe ilmu baru bg aku...
sape pakar agama ni....
boleh kompomkan x...??:D:D
 
Tampaknya kaum Hawariyin menyembunyikan keimanan mereka sehingga Isa merasakan kekufuran kaumnya semakin menjadi-jadi lalu Isa memanggil mereka: "Siapakah di antara kalian yang menolong aku menuju jalan Allah SWT?" Allah SWT berfirman:


"Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran dari mereka (Bani Israil) berkatalah dia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan (agama) Allah?' Para Hawariyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: 'Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri. Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang- orang yang menjadi saksi.'" (QS. Ali 'Imran: 52-53)


Nas Al-Quran menunjukkan bahawa Nabi Isa mengajak mereka untuk mengikuti Islam sehingga mereka pun berserah diri; nas Al-Quran menegaskan bahawa Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul yang datang setelahnya yang bernama Ahmad. Dikatakan dalam Al-Quran:


"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab yang turun sebelumku, yaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).' Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: 'Ini adalah sihir yang nyata.'" (QS. Shaff: 6)


Kita tidak mengetahui secara pasti kapan Nabi Isa menyampaikan khabar berita tentang kedatangan seorang rasul ini yang datang setelah masanya, yaitu Ahmad saw. Apakah khabar berita itu beliau sampaikan dipermulaan pengutusannya kepada manusia, atau apakah beliau menyampaikan khabar itu pada akhir masa dakwahnya dan sebelum beliau diangkat ke langit? Tetapi melihat konteks Al-Quran tampaknya khabar berita tersebut itu disampaikan di permulaan dakwahnya, sebagaimana firman-Nya: "Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: 'lni adalah sihir yang nyata.'"


Kata ganti (dhamir) dalam ayat tersebut kembali kepada Nabi Isa. Ayat tersebut menunjukkan bahawa Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan datangnya Muhammad atau Ahmad ketika Allah SWT mengutus kepada kaumnya. Kemudian terjadilah di hadapan Nabi Isa berbagai macam mukjizat yang luar biasa seperti penghidupan orang yang mati, peniupan tanah, dan sebagainya. Ketika Nabi Isa datang membawa bukti- bukti yang jelas ini, maka mereka menuduhnya bahawa ia membawa sihir. Nabi Isa mengetahui bahawa tuduhan semacam ini telah dialamatkan kepada sebahagian besar para nabi sebelumnya. Beliau juga mengetahui bahawa nabi yang terakhir pun akan mendapatkan tuduhan yang sama. Oleh kerana itu, nabi yang mulia itu tetap berdakwah di jalan Allah SWT dan tidak peduli dengan tuduhan kaumnya yang mengatakan bahawa beliau membawa sihir.


Kemudian pertentangan antara Nabi Isa dan Bani Israil semakin meningkat. Mereka adalah orang-orang yang hatinya keras, yang membeku di hadapan kebenaran. Isa datang kepada mereka dan menghancurkan segala pemikiran mereka dan kehidupan mereka serta sistem mereka. Sesungguhnya dakwah Nabi Isa terfokus kepada kebenaran, kedamaian dan keadilan dan pada saat yang sama mengumumkan peperangan terhadap kehidupan orang-orang yang lalim yang telah menjauhi kebenaran. keadilan, dan kedamaian. Injil Mata menyebutkan melalui lisan Isa: "Janganlah kalian mengira bahawa aku membawa kedamaian ke muka bumi. Aku tidak datang hanya membawa kedamaian tetapi aku datang membawa pedang."
 
Last edited:
"Ketika Allah SWT berkata kepada Isa, apakah engkau berkata kepada manusia jadikanlah aku dan ibuku tuhan selain Allah, maka Isa tampak gementar terhadap perkataan itu sehingga ia mendengar rintihan dari tulang-tulangnya di dalam jasadnya lalu ia berkata: 'Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Tidak mungkin aku memutuskan sesuatu yang tidak aku miliki, yang diriku tidak dapat melakukannya. Aku hanya seorang hamba, bukan seorang yang disembah: Jika aku pernah mengatakannya maha tentulah Engkau telah mengetahuinya.
-QS. al-Maidah-

Demikianlah Nabi Isa menyampaikan jawapannya kepada Allah SWT dan ia mengembalikan sesuatu kepada Allah SWT. Dan Allah SWT Maha Mengetahui terhadap apa yang dikatakannya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Yakni, Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan sedangkan aku tidak mengetahui apa yang engkau sembunyikan. Engkau mengetahui rahsiaku dan apa yang terlintas dalam hatiku dan aku tidak mengetahui apa yang Engkau sembunyikan dari ilmu ghaib-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib. Hanya Engkau yang tahu terhadap hal-hal yang ghaib. Hanya Engkau yang tahu terhadap apa yang terjadi di tengah-tengah mereka setelah Engkau angkat aku dari bumi: 'Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau kepadaku (mengatakan)nya yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu.'


Demikianlah kalimat-kalimat yang disampaikan oleh Isa bin Maryam. Dia hanya mengajak manusia untuk hanya menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya: Dan aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka.
 
apa rasional kau cakap dia tu orang klon pertama? adakah sebab nabi isa dilahirkan tanpa bapa? itukan kebesaran Allah s.w.t. Kun faya kun

Aku tak berniat nak pesongkan akidah sesapa... tujuan aku buka thread ni untuk bincang kalau2 ade yg terpengaruh dgn doktrin jesus itu tuhan. Bagi aku tetap sama... kepercayaan aku Allah itu tidak beranak dan diberanakkan... tu pasal soalan tu aku tuju kat missionary kristian atau website rakansiswa tersebut. Bagi Islam semuanya dah terang lagi nyata.... Nabi Isa AS tu bukan tuhan atau anak tuhan..diapun manusia biasa .... serupa kejadian Adam ataupun Muhammad Saw dan kita semua... so kepercayaan Jesus tu anak tuhan ataupun tuhan mmg tak berasas dan karut!!
 
Last edited:
Jesus <--- nama yang diberikan oleh orang yahudi kepada Nabi Isa

(Betulkan tajuk anda)

Hairankan! Pertanyaan dan kehairanan anda hari ini telah disebut Allah sebelum kewujudan Nabi Isa lagi.

Pesanan untuk diri saya dan anda.

Sekiranya, pada hari ini kiamat itu berlaku, dan anda mahukan penjelasan secara saintifik maka peluang anda keneraka adalah lebih cerah.

:-?

salah tu bro, org kristian,
org yahudi panggil jesus = yeshua
x sumer org yahudi percaya yeshua tu sama dengan jesus aka nabi isa as.
org yahudi x percaya pun yeshua tu nabi, pada mereka yeshua tu org biasa.

ps: jgn salah paham, ader 3 (tiga) org yg dibicarakan disini.
 
suke kehidupan....:D:">
tuan tanah,
bg sy le kan, benda ni x boleh sgt dpkirkan....
boleh tergugat iman nih kalu pkir dalam2....

Berfikir nih seruan Allah..jika nak cari keesaran Dia..kita tak boleh lari drp berfikir...berfikir menyangkal dakwaan kafirun kadang2 perlu logik akal..sbb mereka tak beriman macam kita.... iaitu beriman kpd rukun iman tanpa persoalan... percaya tanpa dolak dalih dah...
 
Jesus <--- nama yang diberikan oleh orang yahudi kepada Nabi Isa

(Betulkan tajuk anda)

Hairankan! Pertanyaan dan kehairanan anda hari ini telah disebut Allah sebelum kewujudan Nabi Isa lagi.

Pesanan untuk diri saya dan anda.

Sekiranya, pada hari ini kiamat itu berlaku, dan anda mahukan penjelasan secara saintifik maka peluang anda keneraka adalah lebih cerah.

Dan tujuan aku bukan nak sangkal kerja Allah..tapi nak menyangkal kerja manusia...so soal pasal kiamat tu.. aku rasa dah menyimpang...

:-?

Tujuan aku letak nama jesus tu nak bezakan antara panggilan orang islam dan kristian... so xperlu rasanya aku ubah tajuk tu...
Dan persoalan pasal kiamat tu pada aku dah menyimpang drp tujuan asal..tujuan aku nak menyangkal kerja manusia..bukan kerja Allah
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register