BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeritan jiran penyelamat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Perak
Jeritan jiran penyelamat
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2012
Azman-Salim

SUNGAI SIPUT (U) – Jeritan jiran membantutkan niat seorang lelaki berusia 52 tahun untuk menceroboh sebuah rumah di Taman Kledang Fasa 2, di sini pada awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, suspek yang cuba melarikan diri sebaik sahaja kehadirannya disedari berjaya ditangkap oleh pemilik rumah berkenaan.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 pagi dan suspek dipercayai cuba menyelinap masuk ke rumah berkenaan dengan tujuan untuk mencuri.

“Suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai telah memanjat masuk melalui pagar rumah berkenaan dan telah cuba melompat keluar kembali setelah mendengar jeritan jiran berhampiran.

“Usaha suspek untuk melarikan diri gagal dan dia berjaya ditangkap oleh pemilik rumah dengan bantuan daripada pasukan polis MPV yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan taman itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Azman, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput akan menggandakan usaha membanteras kejadian jenayah di sepanjang musim perayaan termasuk sambutan Thaipusam.

Katanya, anggota polis akan turut bertugas untuk memastikan kelancaran lalu lintas di sekitar Sungai Siput pada sambutan Thaipusam nanti.

“Sempena sambutan Thaipusam nanti, kita telah kerahkan anggota polis untuk berada di Pekan Sungai Siput untuk memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas beikutan hanya satu lorong akan dibuka di kawasan itu.

“Polis juga akan menggandakan rondaan di kawasan taman perumahan bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/jeritan-jiran-penyelamat-1.22472
 
Back
Top
Log in Register