ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Bot milik nelayan pantai yang dilabuhkan di muara Sungai Marang.
MARANG - 'Banyak pengalaman dan dugaan yang saya lalui sepanjang mencari rezeki sebagai nelayan. Antaranya, saya pernah alami kerugian hampir RM100,000 apabila bot milik saya terbakar 10 tahun lalu.'
Demikian cerita Mohd Anuar Jusoh, 50, yang berasal dari Rhu Rendang di sini, mengenai pengalamannya sepanjang menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.
Mengimbas pengalaman awal, Mohd Anuar berkata, ketika berusia belasan tahun dia sering membantu ayahnya turun ke laut untuk menangkap ikan.
Walaupun masih muda ketika itu, dia tidak pernah rasa takut dilambung ombak.
"Sebaliknya saya seronok dapat keluar menangkap ikan lebih-lebih lagi sudah tentunya ketika mengangkat jaring yang penuh dengan hasil tangkapan.
"Setiap kali dapat banyak hasil tangkapan, kami lega dan puas hati kerana ada hasil untuk dibawa pulang," katanya kepada Sinar Harian.
Ketika ditanya mengenai kejadian kebakaran bot 10 tahun lalu, katanya, sebelum kejadian bot miliknya itu dilabuhkan di jeti.
"Saya hanya tahu mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakan.
"Ia berlaku sekitar jam 2.30 pagi, selepas mendapat panggilan.. saya bergegas ke lokasi kejadian namun bot itu tidak dapat diselamatkan lagi. Saya difahamkan ia dipercayai berpunca daripada litar pintas," katanya.
Walaupun pelbagai dugaan ditempuhi namun suami kepada Fatimah Hamzah, 47, itu masih setia melakukan pekerjaan berkenaan.
Kini, Mohd Anuar membantu bapanya menguruskan bot milik keluarga bagi membesarkan tujuh anak.
Bergelar nelayan bukan senang, jerih payah yang dilalui Mohd Anuar menyebabkan dia tidak mahu tujuh anaknya itu mengikut jejak langkahnya.
Hasil laut makin kurang
Bagi seorang warga emas dari Seberang Marang pula, Jusoh Mohd Amin, 67, pekerjaan itu masih menjadi sumber pendapatan utama golongan warga emas sepertinya yang kebanyakan mereka sudah mula turun ke laut ketika usia remaja lagi.
Malah, Jusoh sering bermalam di laut jika hasil yang diperoleh masih kurang dan adakalanya dia keluar seawal pagi dan kembali pada waktu petang jika hasil tangkapannya banyak.
Menceritakan pekerjaannya itu, Jusoh memberitahu, jika dahulu dia mampu memperoleh hasil yang banyak, namun kini tangkapan semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Bagaimanapun, Jusoh berkata, golongan nelayan di negeri ini bernasib baik kerana kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) banyak memberi bantuan.
Bantuan seperti subsidi minyak, elaun sara hidup bulanan, menyediakan jeti, insentif mendaratkan ikan, bantuan peralatan menangkap ikan dan bantuan lain ternyata banyak membantu kehidupan nelayan terutamanya pada musim tengkujuh.
Bagaimanapun hakikatnya, hampir semua penduduk khususnya di Marang terutamanya mereka yang tinggal berhampiran dengan Sungai Marang dan laut memulakan kerjaya mereka sebagai nelayan sejak zaman remaja lagi.
Namun, selepas menempuh perubahan zaman, ramai anak tempatan yang sudah berjaya dalam pelajaran dan berkerjaya tidak lagi meneruskan pekerjaan itu.
Jika ada sekalipun, mereka hanya menjadi nelayan sambilan sama ada untuk menambah pendapatan atau untuk makan sendiri dengan turun ke laut pada hujung minggu atau musim cuti sahaja.