BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu: Malaysia Tunggu Pengesahan Indonesia Untuk Gerakkan Aset Bantuan -- Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Jerebu: Malaysia Tunggu Pengesahan Indonesia Untuk Gerakkan Aset Bantuan -- Fahmi​

68f8779ae4b2659bb4a3d7517d99f4806a9aaa23c1847


Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.

"Pihak NADMA dan Wisma Putra ada memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa senarai aset-aset yang mampu kita sediakan untuk membantu negara jiran telah disampaikan (dimaklumkan kepada negara jiran)

“… tetapi sehingga sekarang, belum ada pengesahan tentang apa-apa bentuk kerjasama untuk mengguna pakai aset-aset dari Malaysia bagi membantu memadam kebakaran dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media pascamesyuarat Kabinet hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme ASEAN sedia ada bagi menangani isu jerebu rentas sempadan perlu ditambah baik bagi memastikan masalah itu dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh menteri berkaitan di peringkat ASEAN berikutan jerebu memberi kesan terhadap kehidupan manusia, khususnya golongan kanak-kanak dan bayi.

 
Back
Top
Log in Register