BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerebu boleh bawa maut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) negara ini meningkat secara berterusan dan mencecah tahap bahaya, ia boleh memberi kesan buruk kepada pesakit-pesakit kronik berkaitan saluran pernafasan sehingga boleh membawa maut.

Pegawai Perubatan Hospital Selayang, Dr Saraswathy Apparow berkata, pesakit asma, jantung dan radang paru-paru yang berusia merupakan golongan paling berisiko tinggi menerima kesan daripada masalah jerebu.

“Partikel halus yang memasuki saluran pernafasan terus ke dalam paru-paru akan menyebabkan ia terperangkap, sekali gus menyebabkan berlaku kesesakan pernafasan.

“Dalam keadaan berusia, seseorang itu tidak mempunyai sistem ketahanan tinggi. Ada pesakit terpaksa dimasukkan unit rawatan rapi (ICU) akibat jerebu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, semua pesakit kronik berkaitan pernafasan perlu mendapatkan rawatan sekerap mungkin sepanjang musim jerebu.

“Jika tidak buat rawatan, kita bimbang pesakit-pesakit akan berdepan komplikasi pernafasan.

“Jika orang normal (tidak sakit) terkesan dengan jerebu, bagi orang yang sakit mereka lebih berisiko,” katanya.

Beliau turut menasihati pesakit supaya tidak melakukan aktiviti luar dan memakai topeng muka walaupun berada di dalam rumah.

“Begitu juga dengan pengambilan air. Kita minta mereka mengambil sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.

“Air begitu penting bagi menghidratkan badan daripada cuaca panas serta udara kotor ketika jerebu,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Zulkifli Jantan memaklumkan bahawa pesakit yang mendapatkan rawatan penyakit berkaitan saluran pernafasan kesan daripada jerebu di negeri berkenaan meningkat kepada 30 peratus.

Beliau berkata, data tersebut melibatkan pesakit yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/jerebu-boleh-bawa-maut-1.436854
 
bahaya2..skrg pun dah rasa sesak jer bernafas n batuk2..
 
tak cakap pun orang tau la... so.. kerajaan tak de ke bagi topeng percuma ke.
 
bahayanya..lg bahaya drpd isap rokok kot.
 
kerajaan kedekut.. patut bagi la topeng muka percuma.. bukan habis pun duit derma 2.6bilion tu..
 
ayuh kawan2 ambil buluh runcing mu.. kita berdemo dpn duta indon.. ini senjata pemusnah baru jokowi
 
Back
Top
Log in Register