BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Jepun Akan Membina Superkomputer 1000 Kali Lebih Berkuasa Berbanding Superkomputer Semasa

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Pemegang takhta superkomputer paling berkuasa dunia dipegang oleh Frontier dengan kemampuan memproses mencapai tahap exaFLOPS. Walaupun kemampuan exaFLOPS baru sahaja dicapai tahun lalu, Jepun sudahpun memulakan langkah membina superkomputer dengan kemampuan memproses mencapai tahap zetaFLOPS iaitu 1000 kali ganda lebih berkuasa.

Fujitsu-Fugaku-Adikomputer-950x534.jpg.webp


Superkomputer Fukagu Next kini dalam proses perancangan dengan ia dijangka akan memulakan operasi pada tahun 2030. Kerajaan Jepun meluluskan projek Fugaku Next bagi merampas semula takhta superkomputer dunia yang mereka pegang selama 3 tahun menerusi Fugaku pada tahun 2020. Fugaku Next akan memastikan Jepun terus kekal dalam perkembangan penyelidikan saintifik menggunakan AI. Projek akan menelan belanja ¥110 billion (RM 3,37 bilion) dengan ia akan dibangunkan oleh Fujitsu dan Pusat Sains Komputer RIKEN. Maklumat mengenai senibina yang agak digunakan masih lagi belum diumumkan pada waktu ini.

Sumber asal https://www.nikkei.com/article/DGXZQOSG215U40R20C24A8000000/?s=31
 
Back
Top
Log in Register