BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenis & Tanda Penyakit Jangkitan Gusi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20230511_022614_574.jpg


Jaga kesihatan mulut anda❗️

💪Lakukan penjagaan kesihatan mulut di rumah dengan teliti seperti:
🪥Menggosok permukaan gigi dengan kerap dan menggunakan saiz berus gigi yang bersesuaian serta teknik yang betul.
🪥Membersihkan gusi terutamanya dicelah-celah gigi yang rapat dengan menggunakan flos atau menggunakan berus kecil antara gigi sekiranya gigi mulai jarang dan terdapat ruang antara gigi

✅Amalkan gaya hidup yang sihat
✅ Elakkan merokok

Jalani pemeriksaan oral dan saringan penyakit gusi secara berkala sekiranya gusi anda menunjukkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit gusi seperti berikut:

• Gusi berdarah dan bengkak
• Gusi bernanah
• Gigi goyang, berganjak dan semakin memanjang
• Bau nafas yang tidak menyenangkan

" Be Proud Of Your Mouth" 🥰
 
IMG_20230512_225605_808.jpg


𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗟𝗨𝗧 𝗔𝗡𝗗𝗔!

Lakukan penjagaan kesihatan mulut di rumah dengan teliti seperti:

✅Menggosok permukaan gigi dengan kerap dan menggunakan saiz berus gigi yang bersesuaian serta teknik yang betul

✅Membersihkan gusi terutamanya dicelah-celah gigi yang rapat dengan menggunakan flos atau menggunakan berus kecil antara gigi sekiranya gigi mulai jarang dan terdapat ruang antara gigi
✅Amalkan gaya hidup yang sihat
❌Elakkan merokok

✅Jalani pemeriksaan oral dan saringan penyakit gusi secara berkala sekiranya gusi anda menunjukkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit gusi seperti berikut:

• Gusi berdarah dan bengkak
• Gusi bernanah
• Gigi goyang, berganjak dan semakin memanjang
• Bau nafas yang tidak menyenangkan

" Be Proud Of Your Mouth
 
1000209374.jpg


Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi. Penyakit ini dibahagikan kepada dua peringkat:

Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gingiva (gusi) sahaja.
Periodontitis pula adalah penyakit periodontium (Gusi) yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi dan tulang penyokong gigi.

Apakah tanda-tanda penyakit gusi?
Ikuti risalah berikut untuk mengetahui lebih lanjut.

Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun dan dapatkan rawatan yang diperlukan sekiranya anda mempunyai penyakit gusi.

Sumber : Program Kesihatan Pergigian KKM
 
1000247031.jpg


Penyakit gusi ialah jangkitan pada gusi dan tisu penyokong gigi. Penyakit ini dibahagikan kepada 2️⃣ peringkat:

🦷 Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gingiva (gusi) sahaja.

🦷 Periodontitis ialah penyakit periodontium (Gusi) yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar gigi dan tulang penyokong gigi.

Apakah tanda-tanda penyakit gusi❓Ikuti risalah berikut untuk mengetahui lebih lanjut.

⚠️ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun dan dapatkan rawatan yang diperlukan sekiranya anda mempunyai penyakit gusi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
 
1000262305.jpg


𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔❓

Pesakit diabetes berisiko 3x ganda menghidap penyakit gusi berbanding orang sihat.

Jom ambil tahu punca dan kesan penyakit gusi ini. Secara rumusannya, kawalan penyakit pergigian boleh
dicapai dengan mengawal kadar glukosa dalam darah danmengawal kebersihan mulut.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
 
1000498332.jpg


Apa itu penyakit gusi?

Macam mana ya boleh terjadi penyakit gusi ni? 🤔

Setiap kali selepas makan, sisa makanan yang terdapat pada gigi yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan bakteria dalam mulut dan menjadi plak (tahi gigi).

Plak yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan menjadi kalkulus atau lebih dikenali sebagai karang gigi/tartar. Kalkulus sifatnya keras sehingga tidak boleh dibersihkan lagi dengan berus gigi.

Plak dan karang gigi yang tidak dibersihkan inilah menjadi penyebab kepada masalah gusi!

Penyakit gusi ini boleh dicegah daripada peringkat awal lagi! Oleh itu, pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun amat penting supaya anda cakna dengan apa yang berlaku di dalam mulut anda dan sama-sama kita mencegah penyakit gusi!

1,2,3 senyummmmm!!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian, KKM
 
Back
Top
Log in Register