BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Katanya kes curi kebel di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Video Tik Tok Paan_600
 
aaf591d33ca07b4490ce878822b9827b5fe89b386d653


Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan Litar Go-Kart, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata siasatan awal mendapati pintu pagar rumah kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah terbuka selain terdapat kabel-kabel yang dipotong dalam kejadian kira-kira 2.14 petang itu.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 29 tahun, warga Myamar dan pemegang kad UNHCR, ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang bersebelahan rumah kuasa berkenaan.

”Mangsa disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel-kabel berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azrul berkata pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir ke lokasi.

Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk  bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 
14059254327331093-321756.jpg

14059254327331093-321757.jpg

14059254327331093-321758.jpg


Lelaki Myanmar ditemukan mati dalam longkang dipercayai cuba curi kabel TNB


ALOR GAJAH – Lelaki Myanmar yang ditemukan mati dalam longkang disyaki akibat terkena renjatan elektrik di Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini, petang semalam dipercayai cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan awam pada jam 2.14 petang mengenai seorang lelaki terbaring tidak sedarkan diri dalam longkang bersebelahan Rumah Kuasa TNB.

“Siasatan awal, kita percaya si mati yang merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) berusia 29 tahun cuba mencuri kabel elektrik.

“Ini berikutan pintu pagar Rumah Kuasa milik TNB didapati terbuka dan terdapat kabel-kabel yang sudah dipotong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malah, pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tiada sebarang unsur jenayah.

“Setakat ini, kita juga belum menemui petunjuk lain termasuk sama ada si mati diupah pihak ketiga untuk mencuri kabel dan kes masih dalam siasatan

“Insiden diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Artikel : MalaysiaGazette
 
b2e4dc9ca43e9004fd4edb308e20029b5e3a5ea4d004e


Seorang penghantar barang dan mekanik masing-masing didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kabel Telekom Malaysia, Sabtu lepas.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor turut memerintahkan penghantar barang Mohamad Firdaus Maula Mohd Rodzhi, 32, serta mekanik Mohammad Hasrul Akmal Roslan, 28, menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka dengan seorang lagi yang masih bebas dituduh mencuri kabel berwarna hitam milik Telekom Malaysia bertempat di Lorong Maju 3, Taman Kemajuan di sini pada 3.31 pagi, 6 Sept lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi manakala Mohamad Firdaus Maula diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Ayuni Ahmad dan Peguam YBGK Muhamad Amirul Mansor mewakili Mohammad Hasrul Akmal.

 


SIARAN MEDIA POLIS DAERAH SERI ALAM

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA


TULAR RAKAMAN VIDEO KEJADIAN KECURIAN KABEL DI MEDIA

SOSIAL TIΚΤΟΚ

POLIS DAERAH SERI ALAM TELAH MENGESAN (1) VIDEO TULAR DIMUAT NAIK MELALUI MEDIA SOSIAL TIKTOK AKAUN "MATATEBAL" BERDURASI 1 MINIT BERKAIT RAKAMAN VIDEO (4) LELAKI DIPERCAYAI BANGSA INDONESIA SEDANG MEMOTONG DAN MEMASUKKAN KABEL KE DALAM SEBUAH KERETA JENIS KIA NAZA NO PENDAFTARAN JJO 4844 SEPERTI DI PAUTAN URL:




SIASATAN DIJALANKAN DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG: -

SEKSYEN 379 KANUN KESEKSAAN - BARANG SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN MENCURI, JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOН YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA.
 
14065268773076381-324607.jpg

14065268773076381-324608.jpg

14065268773076381-324609.jpg

14065268773076381-324610.jpg

14065268773076381-324611.jpg


Kes curi kabel ECRL: Dalang utama Geng Musang, tiga lagi lagi diburu

Polis giat memburu dalang utama Geng Musang bersama tiga lagi suspek curi kabel projek di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Temerloh, Bentong dan Kuantan membabitkan kerugian RM825,000 yang masih bebas.

Foto: Bernama

Artikel : Sinar Harian
 
14079943218857557-331193.jpg

14079943218857557-331194.jpg

14079943218857557-331195.jpg

14079943218857557-331196.jpg

14079943218857557-331197.jpg

14079943218857557-331198.jpg

14079943218857557-331199.jpg

14079943218857557-331200.jpg


Dua lelaki ditahan curi kabel bawah tanah

Miri: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam cubaan mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) di Simpang Jalan Cerdas, Wisma Persekutuan Miri, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian dikesan sekitar jam 11.20 malam pada 8 Oktober lalu apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan dua individu mencurigakan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek sedang membuat persediaan untuk memotong kabel bawah tanah menggunakan chain block dan player,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 41 dan 28 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan mencuri kabel pada waktu malam di kawasan sunyi dan gelap.

“Polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan mereka kini direman bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Farhan turut menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah khususnya kes kecurian kabel yang semakin berleluasa.

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan bagi membantu siasatan,” katanya.

Khamis 9 Okt 2025
 
tukar la pakai fiber alang2 nk gantikan tu
 
Back
Top
Log in Register