BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Jenayah ala GTA : Pajero pusing 10 kali di Kota Bharu cetus tanda tanya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Pajero pusing 10 kali di Kota Bharu cetus tanda tanya



Menerusi video itu, kelihatan anggota URB dan MPV mengejar SUV jenis Mitsubishi Pajero di kawasan tersebut sehingga mendapat perhatian ramai orang awam.

SUV itu yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat cuba melepasi kawalan polis sehingga terpaksa berpusing-pusing di kawasan yang sama hampir 10 kali.

Bagaimanapun, anggota polis di dalam video itu dilihat tidak dapat menahan SUV berkenaan apabila pemandu kenderaan tersebut bertindak memandu secara melulu dan membahayakan orang ramai.

Punca sebenar kejadian itu masih belum dikenal pasti.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan laporan lanjut akan menyusul.

Artikel : Kosmo Online






 
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an ditahan selepas dikejar polis di Jalan Tumpat-Kota Bharu, semalam, kerana memiliki air ketum dan pil yaba.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu menerima maklumat daripada IPD Tumpat pada 6.15 petang, berhubung suspek yang memandu Mitsubishi Pajero dan Proton Preve.

“Dengan bantuan kereta peronda (MPV) IPD Kota Bharu, suspek yang memandu Pajero berjaya ditahan pada 6.46 petang, manakala pemandu Proton Preve melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan sebotol plastik berisi cecair dipercayai air ketum serta sebatang straw berisi pil merah disyaki pil yaba.

Wan Ruzailan berkata semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran Proton Preve adalah palsu, manakala suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

 
Back
Top
Log in Register