ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mydin menawarkan barang pada harga berpatutan.
SEBUT sahaja Mydin, pasti ramai antara kita akan memikirkan gedung jualan runcit dan borong yang menawarkan harga rendah.
Selari dengan visi menjadi pengedar utama barangan halal yang kompetitif dan perkhidmatan di Malaysia, perniagaan tersebut kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).
Mengambil sempena namanya, ia diasaskan Tuan Mydin Mohamed, Mydin merupakan syarikat peruncitan tempatan Bumiputera.
Bermula dengan berniaga di kaki lima, Tuan Mydin berjaya membuka kedai papan pertama pada 1957 di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu, Kelantan hasil dari semangat berjimat cermat, disiplin dan ketekunan dalam berniaga.
Dalam tempoh 22 tahun, selepas kedai pertama dibuka, Tuan Mydin berjaya membuka kedai keduanya di Kuala Terengganu pada 1979 dengan bantuan anak-anak lelakinya, diikuti Jalan Masjid India pada 1989.
Mydin turut mementingkan aspek Halal dalam setiap perniagaannya dan ini dapat dilihat melalui penjenamaan konsep perniagaan borongnya melalui slogan ‘Mengapa Bayar Lebih, Belilah Dengan Harga Borong!’.
Hari ini, Mydin mempunyai sembilan format perniagaan yang terdiri daripada 18 pasar raya besar, 15 kompleks beli-belah, 16 emporium, tiga bazar, 47 pasar mini (MYMydin),
Lapan kedai serbaneka (MYMart), 156 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), lima pasar raya premium (SAM’s Groceria) dan dua restoran premium (SAM’s Deli).