BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jelaskan prosedur sebenar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan prosedur operasi standard (SOP), menetapkan ibu bapa pemohon perlu mengemukakan salinan sijil nikah atau sijil kahwin sekali sahaja untuk permohonan kali pertama bagi tujuan pengesahan status sebelum MyKad dikeluarkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said berkata, prosedur ini adalah jelas berhubung dengan tatacara pengendalian permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun yang mempunyai masalah taraf kewarganegaraan berkuat kuasa 11 Jun 2009 bagi perkahwinan lelaki bertaraf warganegara dengan wanita bertaraf warganegara asing.

“Seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam yang dilaporkan hari ini (semalam), isu yang timbul berhubung kait dengan kakitangan kaunter tidak merujuk kepada pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

“Bagaimanapun, kad pengenalan pemohon, Sumaiyah Syahidah, anak kedua Juanda Jaya telah siap untuk serahan dan sedia untuk kutipan di Pejabat JPN Kuching pada hari bekerja,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Jariah turut menjelaskan, pengurusan JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil, supaya semua pegawai bertugas dibahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional.

“Sehubungan dengan itu, JPN memohon maaf di atas segala masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh Juanda ketika berurusan di kaunter JPN Kuching, Sarawak ekoran daripada kelemahan kakitangan kaunter dalam menerangkan prosedur Jabatan.

“Sesungguhnya, Jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia,” katanya.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jelaskan-prosedur-sebenar-1.14749
 
person yg incharge tu apa jadi lah agaknye.....tu lah..jadi ***** lg.tanya la org atas2 lainkali.
 
Back
Top
Log in Register