ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 16 Nov. - BAGI kaki pancing, satu kepuasan saat umpan diragut dan ‘bertarung’ menaikkan ikan yang berjaya tersangkut di mata kail mereka.
Saat-saat manis dan mendebar itu tentunya hanya dikongsi bersama rakan-rakan pancing yang lain.
Berbeza peserta pancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL), sudah pasti saat-saat gembira itu dikongsi bersama ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Sejak diperkenalkan tahun 2012 sambutan kaki pancing terhadap JPKL amat mengalakkan, malah mereka tidak akan melepaskan peluang setiap kali pertandingan memancing ini diadakan.
Kaki pancing juga tidak lagi perlu meninggalkan keluarga semata-mata mahu memenuhi hobi mereka.
Jika selama ini tasik-tasik sekitar bandar raya Kuala Lumpur menjadi kawasan larangan untuk aktiviti memancing, kini tidak lagi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyediakan platform untuk kaki pancing menjadikan jelajah tersebut meneroka pelbagai spesis ikan yang terdapat di tasik-tasik ibu kota.
Selain Taman Tasik Titiwangsa, turut menjadi tumpuan ialah Taman Tasik Metropolitan, Taman Tasik Botani Perdana, Taman Tasik Ampang Hilir dan Taman Tasik Permaisuri.
Bagi yang berkeluarga seawal pukul 7 pagi sudah mula mencari lokasi santai terbaik sambil menikmati sarapan sebelum pertandingan dimulakan.
Rata-rata kaki pancing yang ditemui memuji usaha DBKL dan penganjur dalam menyediakan lokasi dan aktiviti riadah bagi warga kota.
Mereka berharap JPKL dapat diteruskan setiap tahun kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan keluarga dan masyarakat, tetapi juga bertukar-tukar fikiran dalam kalangan kaki pancing.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Tuan Idzawi Raja Ismail berkata, penganjuran JPKL sejak dua tahun lalu berjaya meningkatkan kesedaran warga kota mengenai kepentingan aktiviti bersama keluarga.
“Keindahan tasik di ibu kota turut mempengaruhi peserta untuk membawa ahli keluarga masing-masing memeriahkan pertandingan.
Kemuncak JPKL akan disambut sempena Hari Wilayah Persekutuan yang diraikan setiap tahun pada bulan Februari.
Siri jelajah ini bakal diteruskan di Taman Tasik Titiwangsa pada 22 November ini.
Datang jangan tak datang…