BTC USD 84,531.7 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jejak Ke Perang Dunia Ketiga

PETRONAS labur RM63.13b di Kanada

2013/06/12 - 06:44:25 AM

PETRONAS labur RM63.13b di Kanada

Lokasi tapak kemudahan eksport LNG PETRONAS yang bakal dibangunkan di Kepulauan Lelu, Kanada. - Foto laman web Pacific Northwest LNG]
Bina loji pencairan, pembersihan LNG kapasiti 6 juta tan

PETRONAS menjangkakan pelaburan sebanyak AS$20 bilion (RM63.13 bilion) dalam projek eksport gas asli cecair (LNG) miliknya di barat Kanada yang disasarkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi bahan api di Asia.


Projek yang dikenali sebagai Pacific NorthWest LNG itu akan membabitkan pembinaan dua loji pencairan dan pembersihan LNG dengan masing-masing mempunyai kapasiti enam juta tan setahun (tpy) menjelang akhir 2018 atau 2019, kata Naib Presiden Perancangan Korporat PETRONAS, Arif Mahmood, pada persidangan industri minyak dan gas (O&G) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pelaburan bernilai AS$20 bilion itu termasuk kira-kira AS$5 bilion untuk projek saluran paip yang akan dibina oleh TransCanada Corp untuk membekalkan gas kepada kedua-dua loji LNG terbabit.

“Ada ruang untuk membina loji ketiga dan kapasiti boleh meningkat sehingga 18 juta tpy,” katanya, merujuk kepada potensi pengembangan projek itu.

Perjanjian berprofil tinggi

PETRONAS membeli syarikat rakan usaha samanya, Progress Energy Resources Corp tahun lalu menerusi satu perjanjian berprofil tinggi yang pada mulanya dihalang oleh Kerajaan Kanada.
Syarikat petroleum nasional itu memperoleh pembeli LNG pertamanya daripada Pacific NorthWest LNG itu selepas menjual 10 peratus pegangannya dalam projek berkenaan kepada Japan Petroleum Exploration Co.

Ia sedang berunding dengan lebih ramai lagi pembeli untuk menjual kepentingannya dalam projek berkenaan.

"Apa kami cari sebenarnya adalah rakan kongsi berpotensi yang juga akan menjadi pembeli bagi gas yang dihasilkan," kata Arif, sambil menambah bahawa PETRONAS akan mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus dalam projek itu.

Arif berkata, di Malaysia, PETRONAS merancang membuat keputusan muktamad mengenai pelaburan untuk projek LNG terapung (FLNG) keduanya sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata, projek FLNG dengan kapasiti 1.5 juta tpy itu terletak di Blok H Rotan Field di luar pesisir Sabah yang bakal memulakan pengeluarannya pada 2016.

Projek FLNG pertama PETRONAS dengan kapasiti 1.2 juta tpy di medan Kanowit, 180 kilometer di luar pesisir Bintulu, Sarawak dijangka siap pada 2015. - REUTERS
 
the-economist-iktiraf-malaysia.png


Majalah berpengaruh dunia, The Economist mengiktiraf Malaysia sebagai negara terbaik untuk menjadi penghubung antara dunia Islam dengan dunia kapitalisme. Dalam artikelnya yang bertajuk, ‘Perbankan Berteraskan Ummah: Malaysia Peneraju Kewangan Islam’ dan disiarkan pada 5 Jan 2013, menyatakan pencapaian itu berikutan keupayaan negara ini dalam menguasai dan mengekalkan peranannya sebagai peneraju dan pemimpin penerbitan sukuk atau bon Islam pada peringkat global.

Pusat Kewangan Islam

The Economist menyebut kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam perkhidmatan kewangan konvensional tidak beberapa menonjol. Namun dari segi lain, Malaysia adalah berada dalan kedudukan yang paling penting di dunia sebagai pusat kewangan utama Islam.
Berdasarkan aset, lebih satu perlima daripada sistem perbankan Malaysia patuh syariah, manakala purata bagi negara-negara Islam lain adalah kira-kira 12%, dan sering kali jauh ketinggalan berbanding Malaysia.

Malaysia menguasai pasaran global bagi sukuk atau bon Islam dan telah mengeluarkan sukuk kerajaan yang pertama di dunia sejak tahun 2002. Dalam tempoh tiga suku pertama tahun lalu (2012), ia bertanggungjawab mengeluarkan sukuk bagi hampir 3/4 daripada jumlah keseluruhan pengeluaran global (lihat carta di atas).

Faktor Kejayaan

Menurut The Economist, antara faktor penyumbang yang menjadikan Malaysia terkenal dan kekal sebagai peneraju penerbitan sukuk global ialah memiliki pusat kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), iaitu badan penetapan piawaian urus niaga kewangan Islam antarabangsa.
Majalah The Economist turut memetik kenyataan Iqbal Khan, tokoh kewangan terkemuka India dan dunia yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Fajr Capital Ltd. Dubai, yang Pencapaian Malaysia ini adalah kejayaan besar bagi negara yang agak kecil hanya 30 juta orang penduduk dan hanya kira-kira 60% daripada adalah beragama Islam.
Negara jirannya, Indonesia, yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia, hanya kira-kira 4% daripada sektor kewangannya yang patuh syariah. Meskipun negara rantau Teluk dan Arab Saudi jauh lebih kaya dan mempunyai institusi perbankan Islam yang lebih besar, namun Malaysia adalah merupakan ‘Pusat Kepimpinan Pemikiran Dalam Kewangan Islam’.
“Bagaimana negara Malaysia mengukir nama dalam pengkhususan ini? Warisan Islam Malaysia, sifat yang berpandangan jauh di luar kotak dan hubungannya dengan hab kewangan lain seperti Britain dan Singapura menjadikannya tempat semulajadi menghubung dan merapatkan dunia Islam dengan dunia kapitalisme. Di samping sokongan Bank pusat, Bank Negara Malaysia.” Kata artikel itu lagi.

Institut INCEIF dan IBFIM

Dua institusi yang telah ditubuhkan khusus oleh bank pusat, adalah suatu sumbangan murni Malaysia dalam bidang tersebut.
Pertama adalah Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF) yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan menawarkan kira-kira 2,000 pelajar, INCEIF adalah universiti terkemuka di dunia bagi kajian kewangan Islam. Akademi Penyelidikan Antarabangsa Syariah ditempatkan di dalam INCEIF, telah membawa bersama ulama untuk menghasilkan peraturan yang diterima di peringkat antarabangsa-buku bagi kewangan Islam.
Institusi kedua ialah Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM). Ia menumpukan kepada latihan vokasional, menawarkan pelbagai sijil dalam bidang kewangan Islam. IBFIM juga bertindak sebagai perunding kepada bank-bank dan firma yang mahu mematuhi syariah.
Zeti Akhtar Aziz, ketua bank pusat, berkata bahawa badan-badan ini adalah ‘saluran untuk menyediakan tenaga pengendali perbankan’. Dan bukan sahaja melatih calon di Malaysia, malah kini terdapat pelajar dari 80 negara ahli INCEIF; dan IBFIM telah melatih pelajar dari Afghanistan, Nigeria, Palestin dan di tempat lain.

Mengangkat Martabat Malaysia

Menurut majallah tersebut, semua ini mengangkat darjat Malaysia di kalangan ummah dan masyarakat Islam global, penting untuk negara yang sering berasa di pinggir dunia Islam. Terdapat manfaat lebih ketara, terlalu. Subsidiari Islam Maybank, pemberi pinjaman tempatan yang besar, sudah mencakupi kira-kira separuh daripada para pelanggan dan sedang berkembang di luar negara. 18 bulan yang lalu ia menubuhkan sebuah anak syarikat di Singapura dan juga telah melebarkan sayap ke Indonesia.
Tan Sri Zeti menyatakan bahawa bank-bank patuh syariah sememangnya lebih stabil daripada rakan-rakan konvensional dan spekulasi adalah dilarang, kerana kepentingannya tertakluk di bawah undang-undang syariah. Pulangan kewangan Islam adalah berdasarkan perkongsian keuntungan. Walaupun kewangan Islam tidak terlepas dari krisis hutang Dubai pada tahun 2009 dan menunjukkan bahawa sukuk boleh menyumbang untuk mengembung hutang kepada tahap yang tidak tertanggung. Tetapi jika terdapat pro dan kontranya, Malaysia telah menyediakan dan membuktikan banyak cara penyelesaiannya.

* cuba godek2 jumpa info ni..mgkin agak berkaitan
 
best baca dlm ni. Maybe ada sesetangah org anggap benda ni gila, tapi nak sangkal pon ada bukti2 yang kita sendiri xpasti.

Thanks to CitroenC4 kerana compile banyak hasil penulisan brader äkudtgdar****** dlm MOM. org ramai kata dia ni mcm org gila tp dia xkesah pon org nak ckp. Bergantung pada kita samada nak absord or gelak.
kalau nak percaya, baca sampai abis, kalau xnak percaya bole gelak dan join cina2 kiasu tu merendah2kan bangsa melayu tu sendiri.
nak percaya boleh tapi jgn taksub.
cheers!
 
At 2013.06.14 18:36, akudtgdrpantek said:

“PADA aku sahaja” dan tidak memerlukan kepercayaan sesiapa atau apa apa…dimaklumkan!…

“TPPA”!…Trans(formasi?)-Pacific Partnership Agreement!…

kihkihhh…tahukah kalian aku sekarang sedang cuba utk mengetuk pintu hati kalian semua tentang “kenyataan” hidup kita umat manusia sedunia selama ini?…tentang bagaimana rupa wajah hidup kita hingga membentuk rupa wajah JIWA kita dari satu keturunan hingga ke satu keturunan lainnya, selama pentadbiran hidup umat manusia sedunia itu di dalam “MODAL” milik seorang manusia berbangsa “YAHUDI” yg digelar sebagai rothschild itu!…

KALI ini aku tak mahu nak berceloteh panjang pasal aku dah letih dan tak berapa kuat lagi!…secara ringkasnya beginilah,.: tahukah kalian di dunia sekarang ini punya “2 jenis modal” yg diamanahkan Tuhan kpd “manusia terpilih” utk mentadbir urus hidup umat manusia sedunia?…tahukah kalian bahawa pembanggunan seharian hidup umat manusia sedunia selama ini termasuklah kita di tanah MELAYU ini, sejak jatuhnya “kuasa” pentadbiran negara atau dunia itu ke tangan rakyat jelata melalui agenda kuasa modal yahudi rothschild itu, telah mengguna pakai “100% MODAL milik keluarga YAHUDI rothschild” itu, dari sekecil kecil perkara hinggalah ke sebesar besar perkara di dalam hidup kita sekarang ini?…tahukah kalian bahawa modal tersebut tidak pernah pun dikeluarkan zakat hartanya selama ini?…tahukah kalian apa akibatnya sekiranya sesuatu modal/harta yg telah cukup malah berlebih lebih kelayakkannya utk dikeluarkan zakat tapi tidak dikeluarkan zakat atau sedekah itu?…tahukah kalian kesan dari perbuatan itu mengakibatkan 99.99% jiwa umat manusia sedunia selama ini di dalam “kegelapan” dan bukannya di dalam “kecerahan”?…tahukah kalian “bukti” dari ketidak”berkat”an perbuatan itu menghasilkan “perangai” yg buruk macam beruk malah lebih teruk lagi dari kalangan pemerintahnya hinggalah rakyat jelatanya termasuklah kita semua di malaysia ini?…tahukah kalian bilamana perangai kita buruk macam beruk atas sebab gelapnya jiwa kita itu tadi maka jiwa kita automatiknya akan jauh dari Tuhan kita dan musibah yg “paling bahaya”nya terhadap jiwa manusia yg gelap itu ialah jiwa manusia itu tidak akan dapat kembali kepada Tuhannya dan tertinggal lah jiwa tadi di alam ini bersama sama makhluk yg lainnya itu?!!!…tahukah kalian hasil ini lah yg “di-ingin-kan” oleh manusia yahudi rothschild itu bersama sama dgn pendampingnya yakni iblis dan manusia dajjal (pendusta agama) itu dengan menggunakan kuasa MODAL (dana) mereka yg diguna pakai oleh sekelian negara yg ada di dlm PBB itu sekarang ini melalui empayer inggeris sedunianya?!!!…

RASANYA kalian semua dah jelas dgn penyataan aku sebagai “akudtgdrpantek” dari blog military of malaysia di atas tadi!…rasakan dan fikirkanlah oleh kalian semua pasal perkara itu tadi…sekarang aku nak bawa pula kalian semua kepada perkara “MODAL BARU” yg dicadangkan kpd semua negara negara di dlm PBB itu melalui usaha saudara BARAK OBAMA selaku penguasa USA, utk diguna pakai bagi menggantikan modal milik YAHUDI rothschild itu tadi…sesungguhnya MODAL BARU (dana) ini adalah milik Tuhan dan “diamanahkan” kpd raja raja dunia yg “se-BENAR!!!”, termasuklah raja raja yg ada di nusantara ini!…MODAL BARU ini adalah di bawah kuasa ketua pentadbirnya yg juga merupakan pemegang amanah/”kunci” perbendaharaan dunia yg diambil “langsung” dari Tuhannya dan beliau itu ialah seorang lelaki berbangsa MELAYU dan berwarganegara malaysia yg digelar sebagai Grand Master (ii) di bank dunia!…jadi, mulai sekarang ini janganlah kalian malu lagi nak mengaku sebagai bangsa MELAYU dan jangan lagi malu nak berbahasa dan berbudaya MELAYU kita ini,,ya!!!…sesungguhnya empayer inggeris sedunia itu sedang tenggelam dan menuju ke dasar lautan pasifik (“TPPA”) bersama sama pengikut tegar mereka yg terdiri daripada ahli ahli politik, ekonomi dan sosialnya!!!…mulai sekarang janganlah kita taksub dan berbangga lagi dgn bangsa, bahasa dan budaya/EGO inggeris itu lagi,,ya!…

SEBELUM “aku lupa” ingin aku kongsikan lagi pengetahuannya itu tentang MODAL BARU itu tadi…sesungguhnya MODAL BARU tersebut ialah MODAL yg dikeluarkan zakatnya utk pembanggunan berterusan secara sempurna yakni meliputi keperluan JIWA dan raga umat manusia sedunia!!!…tidak seperti modal yahudi rothschild itu tadi yg hanya menitik beratkan keperluan raga umat manusia sedunia semata!…di samping itu MODAL BARU itu amat menekankan kepada keperluan kebajikan (fardhu kifayah) umat manusia sedunia termasuklah umat keturunan MELAYU di malaysia ini!…MODAL BARU ini juga amat menekankan kepada keperluan kemakmuran dan keselamatan hidup umat manusia sedunia, di dunia dan di akhirat!…tidak seperti modal yahudi rothschild selama ini yg digunakan utk menghancurkan dan membinasakan hidup (JIWA) umat manusia sedunia selama ini!…salah satu cara mereka ialah melalui kaedah mangenakan bunga/faedah/harga yg tinggi (RIBA) ke atas modal yg diberi pinjam oleh mereka kepada negara negara di dalam PBB selama ini!…mereka juga sukakan kepada peperangan sesama manusia utk menyesatkan JIWA manusia melalui kuasa modal yg mereka ada selama ini!…

SETAKAT ini yg mana satu idaman kalbu kalian semua?…adakah kalian semua suka menggunakan modal yahudi rothschild itu dalam kehidupan seharian kalian, walaupun kalian memboikot barangan milik mereka dan rangkaiannya sekali pun, tapi tetap tanpa kita sedari kita semua sedang menguna pakai modal milik mereka di dalam hasil kerja seharian kita, yg telah pun menjadi darah daging kita dan keturunan kita selama ini?!!!…tepuk badan tanyalah nyawa kalian semua!…

SEKIRANYA kita menghalalkan kawalan modal itu maknanya kita mahu dan suka memakai modal milik YAHUDI rothschild itu selama hidup kita dan mewariskannya pula utk keturunan kita!!!…tapi sekiranya kita “meng-HARAM-kan KAWALAN MODAL” itu maknanya kita mahu dan suka memakai “MODAL BARU” milik raja raja dunia (RAJA yg se-BENAR yakni yg sudah terbangun rohaninya!!!) yg diamanahkan TUHAN itu utk menggantikan dan menukar (“Transformasi Modal Dunia”) modal milik yahudi rothschild itu di dalam urusan seharian pentadbiran, pembanggunan dan kehidupan kita di dalam negara kita dan di dalam negara negara yg bernaung di bawah PBB itu!!!…tak mahu ke kita menukar modal yg di bawah naungan yahudi rothschild yg berhati syaitan itu, kepada MODAL BARU yg di bawah naungan lelaki MELAYU malaysia yg berhati malaikat itu???…sesungguhnya MODAL BARU itu ialah MODAL utk me-MERDEKA-kan JIWA umat manusia sedunia, manakala modal lama milik yahudi rothschild itu pula ialah modal utk men-JAJAH JIWA umat manusia sedunia hingga ke akhir hayat mereka selama ini!!!…

INGIN aku jelaskan lagi di sini bahawa apabila kawalan modal itu dikekalkan maka ianya menghalang kemasukan MODAL BARU itu tadi!…tapi sekiranya kawalan modal itu “diharamkan” maka ianya membuka pintu utk MODAL BARU ini masuk ke dalam negara tanpa ada apa apa sekatan lagi, dan boleh diguna pakai di dalam pasaran modal negara dgn bebasnya!…boleh jadi ini lah titik tolak kepada kebangkitan bangsa MELAYU di malaysia ini, seterusnya menguasai dunia dan membentuk EMPAYER MELAYU SEDUNIA selepas itu!!!…tak suka ke kalian semuo???…MODAL BARU utk bangsa keturunan MELAYU malaysia ni sesangat lah BESAR-nya woooo!!!…heheee

SEKIAN dulu dan terima kaseh dan tak lupo…heheee…

At 2013.05.18 19:10, akudtgdrpantek said:

negara yg memiliki simpanan emas yg banyak berbanding negara yg lain, akan menjadi peneraju umat se dunia!…itu semua kelebihan yg MELAYU ada berbanding bangsa lain skrg ini…sesungguhnya MELAYU malaysia ini adalah pengeluar bond/sukuk terbesar di dunia skrg ini!!!…melebihi 60% di dlm pasaran sukuk/bond dunia berbanding negara pengeluar yg kaya lainnya!…semua “paper” aset yg MELAYU malaysia keluarkan setakat ini memiliki sandaran “emas tulin” 100%…maknanya sekiranya berlaku huru hara mega kewangan dan ekonomi dunia nanti, kita di malaysia tidak sekali pun tergugat dgnnya!!!…malah kita MELAYU malaysia ini memiliki simpanan tunai yg tinggi di dlm sistem bank dunia melalui bank negara skrg ini yg bersandarkan emas 100% dan bukannya ekonomi yg bersandarkan kertas “tisu tandas” semata mata spt usa dan dunia lainnya!!!…dunia akan melihat kpd kita selepas itu, kerana kita memiliki keupayaan “pemampan” yg cukup tinggi!…atas sebab itu nanti maka kita dilihat berkelayakan utk meneraju dunia menggantikan empayer inggeris skrg ini!!!…oh ya baru aku diingatkannya…masalah dunia skrg ini bukannya masalah kredit, tapi masalah tunai dan kita memiliki kelebihan tunai itu, berbanding dgn kuasa besar lainnya skrg ini!…lepas ini akan muncul kuasa besar baru dunia yg diterajui oleh MELAYU malaysia NUSANTARA ini!…heheee

At 2013.06.16 17:43, Julia said:

bro boleh terangkan sikit pasal percetakan UD$, sebab ‘dia’ mintak balik US$ bukan emas fizikal..takde risiko ker sebab sejarah $ tu pun tanpa berdasrkan nilai emas yg betul.Atau mereka sendiri yg akan rugi kalau over cetak (less value dan kejatuhan nilai matawang).Atau sebab ‘dia/depa’ tak heran ngan emas tu sebenarnya sebab simpanan yg ada sekarang tersangatlah banyaknya, cuma nak manipulasi aje bagi US$ dan lain2 matawang dunia hancus..hehehehe (dah terikut plak ngan brader akudtgdrpantek)

[Reply]

At 2013.06.18 11:43, akudtgdrpantek said:

kihkihhh…sebenarnya kita sedang tumbangkan satu persatu rangkaian bank bank utama dunia milik keluarga yahudi rothschild itu yg berkuasa ke atas negara negara di dunia (PBB) selama ini!…lepas tu barulah kita boleh ambil alih memimpin (oleh “para” imam mahdi!!!) pentadbiran negara negara dunia (PBB) termasuklah malaysia ini!…buktinya skrg ini cuba lihat kpd carta top 20 bank bank utama dunia (Top 20 World Prime Bank) berdasarkan kpd saiz aset semasa, jgn terperanjat kerana MAYBANK (MELAYU bank) berada di tangga ke 13 dunia!!!…di manakah kedudukan bank bank utama yahudi yg dibanggakan selama ini oleh kita di dlm carta tersebut?…kahkahhh dan heheee…

At 2013.06.16 18:30, Julia said:

Kalaulah segala apa yg dikhabarkan oleh akudtgdrpantek betul2 benar maknanya begini: Dulu the hidden hand kuasai dunia dan menjadi pencatur.Mereka bersusah payah mengatur pelan untuk membeli jiwa dan raga umat manusia. sekarang the table turn, ‘dia’ sebagai pemegang kunci berada on top demi umat islam/Melayu.Demand Raja2 Melayu untuk memindahkan simpanan emas kepada bentuk US$ di China hanya sebagai manipulasi ekonomi agar US$ dan yg sewaktu dengannya jatuh manakala emas kembali sebagai matawang sebenar.Dan juga mereka tak heran langsung dengan jumlah emas yg tak sebanyak mana tu sebab reserve emas yg ada sekarang jauh melebihi dari tu.Tu sebab akudtgdrpantek kata ‘kita beli dunia’.Tu jer caranya.We play their games but in more smarter way, tanpa perlu membeli jiwa sesiapa.Dajjal pulak mesti dah gelabah puyoh sebab anak2 monyet sarkes dah nak kalah tu penyebab dia keluar nanti..ini membetulkan tanggapan sesetengah pihak yg mengatakan Dajjal akan keluar bila semua perancangannya hampir berhasil…mungkin dari segi teknologi dan sihir lah agaknya tapi bukan dari segi ekonomi/kewangan.I want more, I want more….

Top 50 World Prime Banks

Nov 2012

BANK NAME COUNTRY
1. Deutsche Bank AG, Frankfurt am Main GERMANY
2. BNP Paribas SA, Paris FRANCE
3. Industrial & Commercial Bank of China Ltd., Beijing CHINA
4. Barclays PLC, London UK
5. Japan Post Bank Co. Ltd., Tokyo JAPAN
6. Credit Agricole SA, Paris FRANCE
7. The Royal Bank of Scotland Group PLC, Edinburgh UK
8. China Construction Bank Corporation, Beijing CHINA
9. The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Ltd, Tokyo JAPAN
10. Bank of China Limited, Beijing CHINA
11. Agricultural Bank of China, Beijing CHINA
12. JPMorgan Chase Bank National Association, New York USA
13. Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Tokyo JAPAN
14. Banco Santander SA, Boadilla del Monte SPAIN
15. Lloyds TSB Bank, London UK
16. Societe Generale, Paris La Defense, FRANCE
17. UBS AG, Zurich, SWITZERLAND
18. BPCE, Paris FRANCE
19. Bank of America NA, Charlotte USA
20. Citibank NA, New York USA
21. HSBC Bank PLC, London UK
22. ING Bank NV, Amsterdam NETHERLANDS
23. UniCredit Bank AG, Munich GERMANY
24. Wells Fargo Bank NA, San Francisco USA
25. Credit Suisse AG, Zurich SWITZERLAND
26. Credit Agricole Corporate and Investment Bank, Paris La Defence FRANCE
27. China Development Bank Corporation, Beijing. CHINA
28. RabobankNederland, Utrecht NETHERLANDS
29. Nordea Bank AB (publ), Stockholm SWEDEN
30. Mizuho Bank Ltd, Tokyo JAPAN
31. Mizuho Corporate Bank Ltd, Tokyo JAPAN
32. The Norinchukin Bank, Tokyo JAPAN
33. Bank of Scotland plc, Edinburgh, UK
34. Commerzbank AG, Frankfurt am Main GERMANY
35. Intesa Sanpaolo SpA, Milan ITALY
36. National Australia Bank Ltd, Melbourne AUSTRALIA
37. Banco Bilbao Vizcaya Argentaria SA, Madrid SPAIN
38. Royal Bank of Canada, Montreal CANADA
39. Commonwealth Bank of Australia, Sydney AUSTRALIA
40. Bank of Communication Co. Ltd., Shanghai HONG KONG
41. The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, Hong Kong HONG KONG
42. Credit Suisse International, London UK
43. The Toronto-Dominion Bank, Toronto CANADA
44. Natixis, Paris FRANCE
45. Westpac Banking Corporation, Sydney AUSTRALIA
46. Kreditanstait fur Weideraufbau (KfW), Frankfurt am Main GERMANY
47. Standard Chartered PLC, London UK
48. Danske Bank A/S, Copenhagen DENMARK
49. Merrill Lynch International Bank Ltd., Dublin IRELAND
50. The Bank of Nova Scotia, Toronto, CANADA

From Bankersalmanac.com available at 13th November 2012.


sumber http://worldcommoditytraders.com/top-50-world-prime-banks/

bab rostchild tu ada masa gi baca sini..dah compile agak lengkap http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=476204&page=7 :)
 
Top 50 World Prime Banks

Nov 2012

BANK NAME COUNTRY
1. Deutsche Bank AG, Frankfurt am Main GERMANY
2. BNP Paribas SA, Paris FRANCE
3. Industrial & Commercial Bank of China Ltd., Beijing CHINA
4. Barclays PLC, London UK
5. Japan Post Bank Co. Ltd., Tokyo JAPAN
6. Credit Agricole SA, Paris FRANCE
7. The Royal Bank of Scotland Group PLC, Edinburgh UK
8. China Construction Bank Corporation, Beijing CHINA
9. The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ Ltd, Tokyo JAPAN
10. Bank of China Limited, Beijing CHINA
11. Agricultural Bank of China, Beijing CHINA
12. JPMorgan Chase Bank National Association, New York USA
13. Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Tokyo JAPAN
14. Banco Santander SA, Boadilla del Monte SPAIN
15. Lloyds TSB Bank, London UK
16. Societe Generale, Paris La Defense, FRANCE
17. UBS AG, Zurich, SWITZERLAND
18. BPCE, Paris FRANCE
19. Bank of America NA, Charlotte USA
20. Citibank NA, New York USA
21. HSBC Bank PLC, London UK
22. ING Bank NV, Amsterdam NETHERLANDS
23. UniCredit Bank AG, Munich GERMANY
24. Wells Fargo Bank NA, San Francisco USA
25. Credit Suisse AG, Zurich SWITZERLAND
26. Credit Agricole Corporate and Investment Bank, Paris La Defence FRANCE
27. China Development Bank Corporation, Beijing. CHINA
28. RabobankNederland, Utrecht NETHERLANDS
29. Nordea Bank AB (publ), Stockholm SWEDEN
30. Mizuho Bank Ltd, Tokyo JAPAN
31. Mizuho Corporate Bank Ltd, Tokyo JAPAN
32. The Norinchukin Bank, Tokyo JAPAN
33. Bank of Scotland plc, Edinburgh, UK
34. Commerzbank AG, Frankfurt am Main GERMANY
35. Intesa Sanpaolo SpA, Milan ITALY
36. National Australia Bank Ltd, Melbourne AUSTRALIA
37. Banco Bilbao Vizcaya Argentaria SA, Madrid SPAIN
38. Royal Bank of Canada, Montreal CANADA
39. Commonwealth Bank of Australia, Sydney AUSTRALIA
40. Bank of Communication Co. Ltd., Shanghai HONG KONG
41. The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, Hong Kong HONG KONG
42. Credit Suisse International, London UK
43. The Toronto-Dominion Bank, Toronto CANADA
44. Natixis, Paris FRANCE
45. Westpac Banking Corporation, Sydney AUSTRALIA
46. Kreditanstait fur Weideraufbau (KfW), Frankfurt am Main GERMANY
47. Standard Chartered PLC, London UK
48. Danske Bank A/S, Copenhagen DENMARK
49. Merrill Lynch International Bank Ltd., Dublin IRELAND
50. The Bank of Nova Scotia, Toronto, CANADA

From Bankersalmanac.com available at 13th November 2012.


sumber http://worldcommoditytraders.com/top-50-world-prime-banks/

bab rostchild tu ada masa gi baca sini..dah compile agak lengkap http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=476204&page=7 :)

bro, yg ni top 50 comodity traders.
yg ni lebih tepat
http://www.accuity.com/useful-links/bank-rankings/
 
Back
Top
Log in Register