BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jefri salahkan Sultan Brunei

memang lama kes ni nak selesai, jefri tu, dia makan duit kerajaan brunei arrr, hampir 10 billion kalau tak silap dia kuarkan utk kegunaan pribadi, huhuhuhuhu... cume kat brunei tak le heboh sgt psl cete dia ni, sbb maklum le, cete2 mcm ni tak di exposekan di brunei, memang dah lama jefri tak balik brunei.... :)
 
ani tah...adik beradik berkelahi kan usin...
 
No komen. Yang penting negara nya aman & rakyat nya selesa dengan taraf hidup yang rendah. Lain lah M'sia, dengan PAK BODOLAHNYA!!!:mad:

p/s: aku rakyat m'sia yang nak nengok PAK BODOLAH hancussss!!
 
diorang gadoh pun,masih gak minyak diorang murah....
 
tu dia main bilion bilion lagi... ape cer... kalau duit ada kat kito kan baik..........
 
ntah berape byk la harta sebenar sultan brunei ni sbb dia jek x pernah bagitau kt public yg bape dia ade..hhhuhuhu..
 
Wang, kuasa, mahkamah penjara: Kisah dari Brunei

Oleh Agensi
Isnin, 16 Jun 2008

ADIK pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah yang berhadapan dengan ancaman hukuman penjara kerana gagal hadir di sebuah mahkamah tinggi di Britain menyalahkan abangnya kerana melanggar satu perjanjian damai berhubung perbalahan keluarga melibatkan nilai kewangan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion).

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam, Putera Jefri mempertahankan tindakannya dan menegaskan ketidakhadiran pada Rabu lalu bukan bertujuan untuk menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah.

Bagaimanapun, beliau kini merupakan seorang lelaki yang dikehendaki dan menghadapi ancaman untuk beralih daripada kehidupan mewah ke sebuah penjara.

Bercakap di rumahnya di Place Vendome, Paris, Putera Jefri menolak komen yang dilakukan oleh Hakim Peter Smith pada minggu lalu.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa ketidakhadiran saya tidak akan dilihat sebagai satu tanda tidak menghormati mahkamah atau United Kingdom.

“Saya sudah menghabiskan masa di Britain dengan baik dan saya mempunyai banyak sebab untuk menggenggam UK dalam perasaan kasih sayang yang hebat.

“Saya berasa amat kesal dan mendapati adalah mustahil untuk hadir pada Rabu lalu,” katanya.
du_02.2.jpg

PUTERA JEFRI BOLKIAH

Putera Jefri yang berumur 53 tahun bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana menghina mahkamah dan dituduh tidak mematuhi satu arahan mahkamah.

Arahan mahkamah itu meminta beliau menyerahkan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion) kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dengan dipantau oleh Sultan Brunei.

“Saya berikhtiar selama beberapa minggu untuk mencapai satu penyelesaian terakhir berhubung perbezaan dengan abang saya.

“Sebahagian daripada proses itu melibatkan pendedahan kesalahan-kesalahan di mana saya benar-benar amat kesalkan,” katanya.

“Sepuluh hari lalu, semua pihak menyangka satu penyelesaian sudah dicapai.

“Pada saat akhir dan perihal yang tidak dapat dijelaskan, satu pihak lain memindahkan satu penyelesaian daripada meja dan sebaliknya menekankan dengan satu percubaan untuk membuatkan saya didapati menghina mahkamah.

“Ironinya, bukti yang saya sediakan secara sukarela adalah untuk membentuk satu tumpuan utama kes terhadap saya,” katanya.

Putera Jefri menolak sebarang harapan berhubung penyelesaian satu perdamaian dengan Sultan Brunei yang dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak £18 bilion (RM115.19 bilion).

Beliau turut menyatakan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke Britain.

“Adalah menyedihkan saya perlu merumuskan bahawa satu perdamaian dengan pihak lain adalah tidak mustahil dan perjuangan tidak adil akan berterusan sekali gus meletakkan tekanan hebat ke atas saya dan keluarga saya,” ujarnya.

Putera Jefri mempunyai empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat.

Dikenali dengan jolokan putera playboy kerana gaya hidup mewah, Putera Jefri sudah berbalah dengan Sultan Brunei sejak sedekad lalu.

Sultan Brunei dan Putera Jefri sudah tidak berbual selama empat tahun.

Putera itu didakwa menyeleweng £8 bilion (RM51.20 bilion) dalam bentuk dana awam ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama 13 tahun.

Bagaimanapun, dakwaan itu kerap dinafikannya dan menegaskan beliau bertindak dengan pengetahuan Sultan Brunei.

Putera Jefri berkata, beliau mematuhi penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan memberikan wang tunai, barangan bernilai dan kediaman bernilai £3 bilion (RM19.19 bilion).

Namun, terdapat tuduhan bahawa beliau membenarkan wang dibawa keluar dari akaun bank yang sepatutnya dibekukan dan gagal mendedahkan akaun-akaun lain, di mana kedua-dua tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.

Kes itu kini didengar di London kerana rumah utama Putera Jefri terletak di Regent's Park, Britain.

Hakim Peter Smith mencadangkan putera itu tidak diberikan ikat jamin jika ditangkap dengan menyatakan adik Sultan Brunei tersebut sedang bermain satu permainan taktikal untuk menangguhkan perbicaraan.

Hakim mengeluarkan satu waran tangkap yang mampu dikuatkuasakan di seluruh Kesatuan Eropah.

Sultan Brunei setakat ini masih berdiam diri berhubung perbalahan itu dan adalah difahamkan baginda mahu undang-undang dilaksanakan mengenai kes berkenaan.

Putera Jefri menyatakan wang yang dituduh diselewengkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membina hospital-hospital, kewangan dan kerja-kerja awam.

Baru-baru ini, beliau membuat komen: “Saya bukannya malaikat, pastinya, tetapi saya telah menjadi lelaki yang gagal.”
 
Back
Top
Log in Register