BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jee Mahu Terus Menyanyi

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
jee.jpg

Pernah popular ketika era 80-an, penyanyi terkenal Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan pangilan Jee yang masih meneruskan karier seni sehingga kini berdepan kritikan dia tidak lagi mampu menyanyi sehebat dulu.

"Saya tidak boleh puaskan hati semua orang dan saya tidak ambil hati dengan kritikan sebegitu.

"Namun, selagi saya mampu dan apa yang boleh saya menyanyi, saya akan teruskan," katanya ketika ditemui pada satu acara hiburan di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Jee atau nama sebenar, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 44, dia berjanji mahu tampil single terbaru untuk mengubati kerinduan peminat tetapi hasrat itu, belum dapat ditunaikan kerana masih mencari lagu sesuai yang dapat memberi impak.

"Insya Allah saya akan tetap tunaikan janji cuma ia tertangguh buat masa ini kerana sampai sekarang, saya belum mendapat lagu yang saya rasa boleh memberi impak.

"Saya tidak mahu membuat sambil lewa atau asalkan ada single baru. Lagipun, single baru saya nanti bukan kerana saya mahu buat kemunculan semula tetapi mungkin ia adalah projek khas.

"Saya akui agak cerewet dari segi memilih sesebuah lagu. Sebolehnya, saya mahu seimbangkan kehendak saya dan permintaan peminat. Ramai yang suka lagi mendengar lagu berentak balada macam lagu-lagu saya sebelum ni tetapi saya pula teringinkan lagu yang agak rancak," katanya.

Jee yang memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 17 tahun turut gembira dengan kehidupan yang dilaluinya kini bersama keluarga. Adakala kelapangan waktu, dia aktif melakukan aktiviti berkonvoi dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Dalam pada itu, Jee juga berkongsi gembira apabila mengetahui penyanyi dangdut, Amelina kembali menyanyi dan dia tetap memberi sokongan pada rakanya itu agar terus sukses dalam karier seni.

http://www.cari.gold/2014/12/jee-mahu-terus-menyanyi.html
 
Back
Top
Log in Register