BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeddah dilanda banjir hingga paras dada

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
jeddahbanjir_cropped.transformed.jpg

Jeddah ditenggelami air sehingga ke paras dada berikutan hujan lebat, memaksa sekolah dan universiti ditutup - AFP

RIYADH: Banjir kilat akibat hujan lebat melanda Jeddah, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah dan universiti di bandar kedua terbesar Arab Saudi itu.

Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi berkata, berpuluh orang diselamatkan daripada kenderaan yang terkandas akibat banjir, dengan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Penduduk tempatan menghantar video kejadian itu dalam media sosial. Satu daripadanya menunjukkan kenderaan mengharungi jalan raya yang sudah menjadi seperti sebuah tasik.

Banjir berlaku hampir setiap tahun di Jeddah dan penduduk menyalahkan infrastruktur yang teruk sebagai punca.

Banjir meragut 123 nyawa di bandar itu pada 2009 dan mengorbankan 10 nyara, dua tahun kemudian. - AFP





https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2017/11/353732/jeddah-banjir
 
2 maut akibat renjatan elektrik

image.jpg

ORANG RAMAI membantu menolak kereta yang terkandas semasa bandar Jeddah dilanda banjir kilat kelmarin. Gambar ihsan Arab News

RIYADH – Banjir kilat akibat hujan lebat me*landa Jeddah kelmarin mengakibatkan ramai pengguna kenderaan terkandas dan memaksa pihak berkuasa menutup sekolah dan universiti di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi itu.

Portal berita Arab News melaporkan, Jabatan Pertahanan Awam menyelamatkan 400 mangsa banjir di sekitar kota suci Mekah dan menangani 250 aduan berkaitan renjatan elektrik.

“Dua daripada mangsa yang terkena renjatan elektrik meninggal dunia, manakala tiga lagi berada dalam kea*daan stabil,” kata jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Kolonel Saeed Sarhan.

Di kota raya Jeddah, berpuluh-puluh orang diselamatkan daripada kenderaan yang terkandas akibat banjir, manakala hujan lebat dijangka berterusan sehingga semalam, kata pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi.

Penduduk tempatan memuat naik klip video di media sosial dengan satu daripadanya memaparkan sebuah konvoi kenderaan rasmi mengharungi jalan raya yang bertukar menjadi seperti sebuah tasik.

Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa sekolah di Jeddah akan terus ditutup bagi menjaga keselamatan pelajar berikutan kebimbangan lebih banyak hujan akan turun.

Pihak berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar (GAMEP) berkata, hujan diramalkan berterusan di rantau itu termasuk di Jeddah, Usfan, Dhaban, Bahra, Khulais, Mekah dan Taif.

Saeed berkata, hujan lebat itu mengakibatkan kerosakan pada sejumlah harta benda awam dan persendirian ketika orang ramai mendesak pihak berkuasa menyiasat punca kelewatan pelaksanaan projek saliran banjir di Jeddah

Tambahnya, Jabatan Pertahanan Awam mewujudkan bilik koordinasi di semua bandar yang terjejas akibat banjir,

Banjir di Jeddah berlaku hampir setiap tahun dengan penduduk menyalahkan kelemahan infrastruktur sebagai puncanya.

Banjir di bandar Laut Merah itu meragut 123 nyawa pada 2009 dan mengorbankan kira-kira 10 orang dua tahun kemudian. – AFP/ Agensi


http://www.kosmo.com.my/dunia/jeddah-mekah-dilanda-banjir-1.558549

penuh dengan pembangunan.. aliran air tak cantik kene block dengan bangunan.
 
Ada nmpk myvi passo sebiji
ke suzuki eh

jenuh la nak claim flood
insurans sana ada ke flood coverage sbb jarang berlaku
 
berlaku hampir setiap tahun ?

Nampak longkang dah besar tu.

Aku rasa mereka akan perbaiki lagi sistem perparitan mereka.
 
adakahh ini divine intervention?
tanda tanda tuhan murka dengan tindak tanduk saudi sebelum ini
dan tanda tanda kerajaan saudi akan tumbang dan ganti kerajaan lain klu ikutkan teori zahid hamidi
 
Back
Top
Log in Register