BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT Fans Thread PART 1 Now Closed

Status
Not open for further replies.
AKSI PENYOKONG | 20HB JANUARI 2017

Antara sebahagian aksi spontan serta gelagat para penyokong yang sempat dirakamkan sebelum Perlawanan Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim dan Kedah di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Luaskan Kuasamu Johor.

16143250_763372867159348_5219167491702813597_n.jpg

16114889_763372923826009_4013416293294591765_n.jpg

16174772_763373050492663_2461485538523719744_n.jpg
 
AKSI PENYOKONG | 20HB JANUARI 2017

16114747_763373203825981_5168122638016490755_n.jpg

16194906_763373307159304_4072318670575148305_n.jpg

16114235_763373433825958_7994147837198295458_n.jpg

16003265_763373440492624_1441240650442380708_n.jpg
 
JDT sudah bersedia - Mora

image.jpg


JOHOR BAHRU 19 Jan. - Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) yang baharu Benjamin Mora berkata pasukannya sudah bersedia untuk menghadapi Kedah dalam Piala Sumbangsih esok, walaupun mereka hanya dapat bersama selama dua hari.


Mora yang dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu berikutan pemergian Mario Gomez pada Rabu berkata beliau mewarisi pasukan juara dan berharap semoga pemain-pemainnya beraksi cemerlang.

"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pasukan ini ... Mario telah meninggalkan legasi ... Saya tampil untuk membantu pemain menjadi yang terbaik dan meneruskan kejayaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jurulatih kelahiran Mexico itu bagaimanapun mengakui bahawa beliau kesuntukan masa untuk melakukan perubahan besar dalam pasukannya.

"Saya lebih memberi tumpuan kepada mentaliti supaya pemain tahu dan menganggap ini ialah seperti perlawanan akhir kerana kita harus menang.

"Kita akan cuba untuk melakukan perubahan atau pengubahsuaian semasa perlawanan," katanya sambil menambah bahawa JDT akan cuba untuk menguasai permainan.

Mora yang merupakan ketua jurulatih JDT II telah menghabiskan mazsa sebulan di Kelab Sepanyol, Atletico Madrid, semasa di luar musim sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional beliau untuk mempersiapkan diri mengambil alih tugasan baharu.

Sementara itu, penolong jurulatih Kedah Mohd. Nidzham Adzha berkata, kekalahan 0-5 kepada JDT musim lalu telah memberi banyak peluang bagi pasukan itu untuk lebih melengkapkan persiapan musim ini walaupun JDT mempunyai jurulatih baharu.

"Kita mungkin telah dikalahkan tahun lepas tetapi dengan kehadiran pemain baharu, kita berharap perubahan akan berlaku untuk kali ini. Kita tidak tahu sebab di sebalik keputusan pihak pengurusan tetapi kita tidak memandang ringan perlawanan ini menentang JDT.

"Kita tahu Jorge Diaz dan Martin Lucero telah meninggalkan pasukan tetapi mereka mempunyai empat lagi pemain import yang baharu dan JDT juta telah menggunakan khidmat beberapa pemain muda tempatan yang berpotensi," kata beliau.

Mohd. Nidzham berkata JDT masih pasukan yang disegani walaupun melakukan perubahan dan memberi amaran kepada pemain Kedah supaya memusatkan perhatian kepada perlawanan. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-sudah-bersedia-mora-1.433718
 
Cuaca macam mana.. Ok kaa
 
C2mQLLBUsAA1FWS.jpg

C2mLggPUAAAh2lY.jpg


good luck JDT
 
debar plak. semalam pasrah
 
2016 CHARITY SHIELD | 20TH JANUARY 2017
Starting Lineup


JDT vs KEDAH

JDT: Farizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Hazwan Bakri, Brian Ferreira, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Fazly Mazlan

Substitute: Haziq Nadzli, Shakir Shaari, Mahali Jasuli, J. Barreles, Azrif Nazrulhaq, Fadhli Shas, Safawi Rasid


16003283_763441880485780_8579309307515210320_n.jpg
 
gopi mana? adehh
 
KEBERANGKATAN TIBA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI STADIUM TAN SRI DATO' HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM

16195403_763434633819838_7010817819013012099_n.jpg

16114517_763434697153165_2363287598725904941_n.jpg

16195319_763443217152313_1109005700851403318_n.jpg
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register