Walaupun aku sedih (x jugak) perginya atok gomez tp sbnrnya aku setuju apa yg tmj ckp. Mg selalu pakai tektikal 442. Patutnya pelbagai kan lah variasi tektikal tu bila lwn team yg lemah.
KAMI SUDAH BERSEDIA UNTUK FOKUS MERANGKUL PIALA PERTAMA KELAB BAGI MUSIM INI
Peluang untuk siapa yang akan diturunkan untuk menjadi benteng terakhir kelab pada malam ini sama rata. Kami bertiga mempunyai kelebihan tersendiri dan cukup sedia untuk diturunkan pada bila-bila masa. Apa yang kami fikirkan sekarang adalah kami perlu memberikan aksi terbaik untuk menjulang piala pertama kami bagi musim ini.
Farizal Marlias, Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim
PERTEMBUNGAN JDT DAN KEDAH PASTINYA MENJADI PERLAWANAN TUMPUAN MALAM INI
Perlawanan pembuka tirai Liga Super Malaysia 2017 iaitu antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Kedah pastinya bakal menjadi perlawanan tumpuan para penyokong bola sepak tanahair pada malam ini. Dengan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin sebagai gelanggang yang menyaksikan pertembungan dua pasukan ini, Piala Sumbangsih bakal menjadi rebutan untuk meraih kemenangan. Selaku juara bertahan, JDT pasti akan berjuang bersungguh-sungguh di bawah kendalian ketua jurulatih baru, Benjamin Mora manakala pasukan pelawat sudah tentunya tidak ingin pulang hampa. Namun yang paling penting adalah sokongan penyokong Harimau Selatan walau di mana jua berada, berikanlah kata-kata semangat anda untuk para pemain JDT. Luaskan Kuasamu Johor.