ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kamaruzzaman (duduk, dua kiri) dan Dzulkifli (duduk, dua kanan) menandatangani perjanjian kerjasama sambil disaksikan Mohamed Khaled (berdiri, tengah).
JOHOR Corporation (JCorp) menandatangani perjanjian dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) bagi mengembangkan bidang keusahawanan dan francais di negara ini.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Dzulkifli Fadzilah itu berlangsung di Johor Bahru, semalam.
Turut hadir dalam majlis itu Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi PUNB Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Kamaruzzaman berkata, melalui kerjasama strategik itu, usahawan JCorp diberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan ke tahap lebih tinggi menerusi pembiayaan daripada PUNB selain berpeluang mendapatkan khidmat nasihat keusahawanan.
“Antara program dikenal pasti untuk dilaksanakan melalui kerjasama ini adalah latihan dan khidmat nasihat keusahawanan, pembiayaan perniagaan, pembangunan usahawan muda serta program pemilihan ekuiti,” katanya.
Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, perniagaan francais JCorp seperti rangkaian kedai Ayamas, Rasamas, Usahawan Bistari Ayamas dan Ayamazz Roti Impit diharap terus berkembang serta berdaya maju seperti francais lain di negara ini.
Katanya, kesemua usahawan merupakan antara penyumbang utama pertumbuhan perolehan dan penjanaan keuntungan kumpulan secara menyeluruh.
“Sehingga kini, kumpulan JCorp mempunyai 54 usahawan yang menjalankan lebih 20 jenis perniagaan termasuk perkhidmatan letak kereta, kejuruteraan, produk pertanian dan penternakan, perkapalan, perdagangan serta akuakultur.
“Di samping itu, mereka juga ada perniagaan seperti produk farmaseutikal, restoran segera, pembangunan perisian atau sistem, perkhidmatan pembersihan, penganjur latihan perkhidmatan seni reka, pajak gadai Islam, pengangkutan awam dan pengurusan acara serta khidmat pelancongan umrah dan ziarah,” katanya.