BTC USD 86,123.1 Gold USD 4,158.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawi cari 650 imam muda

zack2terer

Legendary Member
gem
Messages
13,627
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Jawi cari 650 imam muda

ne_09.1.jpg

CHE MAT memberi penerangan mengenai program IMQ pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang mengadakan pencarian bakat-bakat muda di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk diketengahkan sebagai imam menerusi program Imam Muda Qaryah (IMQ).

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, program bercorak dakwah itu menyasarkan 650 peserta berkebolehan berdasarkan pengetahuan ilmu agama Islam untuk dilatih dan diketengahkan bagi menggantikan kira-kira 400 imam sedia ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kebanyakan imam- imam terutama khatib yang dilantik Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terdiri daripada warga emas berusia antara 40 hingga 60 tahun ekoran faktor kurangnya kemahiran dan minat generasi muda untuk menggalas tugas sebagai imam.

"Jadi, penganjuran IMQ merupakan tindakan proaktif jabatan dalam menangani situasi itu di mana ia juga boleh dilihat sebagai landasan terbaik melahirkan imam-imam pelapis di kalangan orang muda," katanya pada sidang akhbar program IMQ di sini semalam.

Sumber
 
Bagus usaha ini, perbanyakkan program ini, program ini , membuka laluan kepada kita betapa pentingnya kefasihan bahasa al quran.
Dan juga satu titik mula melahirkan pemimpin.
 
Ramai Imam muda nak bergerak BEBAS dgn ambil keputusan KERJA SENDIRI dari berkerja di bawah telunjuk GOV..
 
Ramai Imam muda nak bergerak BEBAS dgn ambil keputusan KERJA SENDIRI dari berkerja di bawah telunjuk GOV..

ok la tu ada platform
nant dah bnyk skill keluar la jadik bebas
gov pun nak asah bakat je supaya tak ketandusan imam
 
Back
Top
Log in Register