BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawab UPSR sebelah mata.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Terengganu: “Dia tetap mahu menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) walaupun menggunakan sebelah mata selepas mata kanannya cedera,” kata Che Yusof Che Jamal, 57, bapa Khairi Aminuddin Che Yusof, 12, yang cedera di muka, badan dan kaki akibat kemalangan di Kampung Telari, Manir, di sini, kelmarin.

Bapa 10 anak itu berkata, kejadian jam 6.45 petang itu dipercayai berlaku selepas anak bongsunya menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Peradong, di sini.

Malang, katanya, setiba di Kampung Telari, motosikal ditunggang anaknya itu bertembung kereta Proton Waja dipandu penduduk kampung terbabit menyebabkan anaknya cedera di muka, badan dan kaki.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mukanya terjejas teruk dan mata kanannya sukar dibuka kerana kulit mata yang cedera bengkak.

Meskipun hanya dapat menggunakan mata kiri, dia masih mahu meneruskan peperiksaan UPSR dan ingin menjawabnya di wad hospital.

“Melihat semangatnya, saya berbincang dengan doktor dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong mengenai hajat anak itu,” katanya di Wad Pembedahan Lelaki HSNZ, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JawabUPSRsebelahmata/Article/index_html

CHE YUSOF memberikan kata-kata semangat kepada anaknya, Khairi Aminuddin.


pix_gal1
 
10 tahun dah naik motor. Mane kesedaran mak bapak?
 
ingatkan sonang giler menjawab soklan tu; rupanya mmg sakit mata. smoga adik berjaya dlm UPSR ;)
 
x pasal2 nanti kluar berita ayah bdak ni kena saman plak sbb kasi anak naik motor
 
nk naik ronda dlm kmpg takpe..ni smp eksiden dgn kete
 
Pemandu waja tu gane keadaang gamoknye..

Mintok pok budok tu ganti ke dokpong kene tuduh die yg langgor budok tu..

Riso ke pemandu waja tu lagi dari budok tu.. Mok pok mengong bg anok naik muto..
 
Back
Top
Log in Register