BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jati diri Melayu

ZAM_CG

Freshie
Messages
24
Joined
Aug 18, 2010
Messages
24
Reaction score
3
Points
8
SEKUMPULAN penyelidik Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta perisian yang membolehkan orang Melayu mengukur jati diri Melayu secara kendiri.

Perisian dipanggil `HB Melayu - Sejauh Mana Anda Melayu? Satu Alat Pengukur Sifat Keperibadian Sosial atau Hati Budi Melayu dijayakan empat penyelidik. Ketua penyelidiknya, Prof Dr Hashim Musa, berkata perisian itu dapat mengukur semangat serta sifat keperibadian orang Melayu bersandarkan empat komponen utama iaitu didikan, ilmu, nilai dan agama. Beliau berkata, setiap komponen mengandungi 50 set soalan yang perlu dijawab responden secara jujur bagi mengetahui markah untuk menilai sejauh mana ketinggian nilai Melayu dalam diri.

Katanya, perisian itu dibangunkan dengan mengenal pasti bilangan orang Melayu yang masih mengekalkan nilai mulia dalam kehidupan harian.

Orang Melayu kini terdedah dengan pelbagai pengaruh luar termasuk liberalisme dan materialisme yang menghakis norma murni dalam kehidupan mereka.

Lunturnya nilai ini turut dikaitkan dengan masalah buang bayi, dadah, pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.
Unsur ini dikaitkan dengan kelunturan teras hati budi orang Melayu yang menjadi asas kekuatan mereka sebelum ini, katanya pada sidang media kejayaan UPM menghasilkan dua perisian baru di Serdang, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh.

Hashim berkata, sehubungan itu, diharapkan perisian berkenaan membantu organisasi membangunkan sumber manusia supaya dapat melaksanakan program latihan atau bengkel motivasi sesuai keperluan kumpulan sasar.

Mengenai kelebihannya berbanding produk lain, beliau berkata, setakat ini masih belum ada perisian bersifat penilaian sedemikian yang boleh menilai status hati budi orang Melayu secara keseluruhannya di pasaran.

Produk sedia ada hanyalah berbentuk hasil penulisan membincangkan permasalahan orang Melayu. Justeru, perisian ini bermanfaat kepada masyarakat dalam membantu membaikpulih masalah sistem sosial yang dihadapi golongan berkenaan.

Penyelidikan sejak Ogos tahun lalu membabitkan kajian soal selidik seluruh negara dengan 205 responden, katanya.
 
Back
Top
Log in Register