Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Jasa Lelaki Berkulit Hitam
Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi, Baginda S.A.W. akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid. Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu. Tetapi, Baginda S.A.W. selalu perhatikan lelaki itu. Suatu hari, Baginda S.A.W. datang ke masjid Nabawi. Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu. Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu. Mereka memberitahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu. Muka Rasulullah S.A.W. berubah. Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya. Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu.
Rasulullah S.A.W. berkata, “Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?”
Sahabat Baginda S.A.W. terdiam. Dan Baginda S.A.W. meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu. Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa dihadapan kubur lelaki itu. “Ya Allah, Ya Tuhan kami.Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya, “Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku.Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini.”
Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat. Dan memberi peringatan pada mereka semua bahawa, “Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya.” Rasulullah S.A.W. mengingatkan para sahabatnya.