BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janji gula beri garam.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
SHAH ALAM - Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan BN ini harus menjadi pengajaran* supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan 'gula-gula' menjelang pilihan raya.

“Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

“Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, siri kenaikan yang menimpa rakyat sekarang sebenarnya sudah dirancang dan mahu dilaksanakan sebelum pilihan raya, namun kerajaan menunggu selepas PRU13 bagi memastikan populariti dan sokongan rakyat terhadap BN tidak terjejas.

“Sehingga tahun hadapan, kerajaan akan melaksanakan pelbagai kenaikan, kemudian pada tahun 2015, apabila GST telah dilaksanakan dan pendapatan negara sudah banyak, maka mereka akan mula memberikan gula-gula kepada rakyat.” katanya

Ujarnya lagi, menjelang PRU14, isu kenaikan harga ini akan mulai reda dan kerajaan akan bertindak memenangi populariti dan hati rakyat melalui pemberian gula-gula sehingga rakyat melupakan tindakan kerajaan pada hari ini.

image.jpg
 
kl isu mcm ni tiap2 bulan ada... bila la tropper umno ada keje....slalu headshot, tk pun ballshot
 
Janji gula beri garam ok lagi tt.... Ada gak guna. Ni dah kira janji gula beri taik ni:mad:
 
mmg betul kata TGNA masa tu...

jgn perlakukan rakyat spt ayam....tabur dedak nasi....lps dah kenyang..kamu sembelih dia....

penyokong keris kritik mengata...disamakan rakyat dgn ayam??

NAH...skg kita dah kena sembelih mcm ayam..:)) :))
 
banyak lagi masa dia ada utk buktikan... tggu nak PRU nnti, dia tunaikanlah tu
 
Back
Top
Log in Register