BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Tiru..

apekah aku salah tgk??
5 rakaat dol... :o:o

tahyat awal pon x nampak..laju btol :))
 
apelah org yang nie...nak buka aib orang...kalau salah tue x yah rakam pastu edar kat tontonan umum..tegur jelah..masyallah...
 
kesian mamat tu...solat ikut-ikutan kot...tiada sapa nak ajar cara yang betul....
 
ambil iktibar sebagai renungan bersama ... #:-S

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat.” Maka sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka?”

Rasulullah menjawab: “Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah).” (Hadis riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud:

“Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud.” (Hadis riwayat al-Tabrani).

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengerjakan solat dalam keadaan penuh khusyuk, tenang dan tidak kelam-kabut seperti yang dilakukan Rasulullah supaya solat kita tidak menjadi sia-sia.

Cara solat Rasulullah seperti diriwayatkan daripada al-Bara’ bin Azib katanya:

“Aku mengamati solatku bersama Nabi Muhammad. Maka, aku dapati Baginda berdiri, rukuk, bangkit selepas rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud, sujud lagi serta Baginda duduk antara salam dan selesai sembahyang, semuanya hampir sama.””(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Apabila kamu ingin mengerjakan solat, mulakanlah dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu. Seterusnya rukuk hingga kamu benar-benar berada dalam keadaan itu dan bangkit berdiri. Selepas itu sujud hingga kamu betul-betul berada dalam keadaan itu dan bangkit untuk berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan hingga selesai solat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
ni bukan tahap mencuri nih..

ni dh masuk tahap merompak..
 
org sebelah dia tuh tahan gelak ke ek...ke buat2 tak perasan..
 
Back
Top
Log in Register