ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mazlan (kanan) beramah mesra dengan penerima Surat Penghargaan di IPK, semalam.
KOTA BHARU - Polis Kelanta menyeru supaya rakyat di negeri ini agar tidak sertai mana-mana demonstrasi haram yang jelas menghuru-harakan keamanan sejagat.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, demonstrasi jalanan yang dianjurkan tanpa permit, jelas hanya membuang masa dan boleh menyebabkan kacau bilau.
"Jika tidak puas hati sekalipun gunalah saluran yang betul dan tidak menimbulkan kekecohan kerana tindakan ini dan masalah kepada orang ramai dan peniaga-peniaga.
"Ini kerana tindakan itu hanya akan merugikan diri sendiri dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Surat Penghargaan di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini, semalam.
Beliau berkata, seperti sebelum ini demonstrasi menghalang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijalankan di Kuala Lumpur turut mencetuskan suasana panik dan ketakutan dalam kalangan orang ramai.
Mazlan mengharapkan situasi ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan ia menyumbang akibat yang buruk dan tidak dapat merubah apa-apa sekalipun.
Dalam perkembangan kes curi kenderaan di negeri ini, Kota Bharu menjadi penyumbang tertinggi dengan peningkatan 50 peratus iaitu dari 156 kes tahun lalu kepada 234 kes tahun ini.
"Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang, pengguna perlu waspada meletakkan kereta di kawasan parkir yang selamat," katanya.