BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan sampai polis ke rumah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

IPOH 22 Mei – “Jangan sampai polis pergi dari rumah ke rumah kerana itu merupakan langkah terakhir yang akan kami lakukan,”.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak menolak kemungkinan untuk melakukan tangkapan sedemikian selepas tempoh dua minggu Op Warta dilaksanakan bermula Selasa lalu.

Menurut Khalid, sehingga semalam, 640 pesalah trafik telah ditahan dan 1,600 orang lagi menyerah diri.

Dalam tempoh sama katanya, daripada 1.8 juta waran tangkap dikeluarkan, bilangannya yang telah diselesaikan menurun kepada 1.5 juta.

“Kita sebenarnya tidak suka membuat tangkapan tetapi terpaksa menjalankan penguatkuasaan. Apabila tidak melakukan penguatkuasaan, orang salahkan kita dan apabila kita kuatkuasakan pun, orang salahkan juga. Jadi, saya telah mengarahkan agar operasi ini diteruskan.

“Yang kita tangkap ini adalah yang degil. Selepas melunaskan saman, kita akan batalkan waran tangkap tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ke-9 di sini hari ini.

Sehubungan itu Khalid meminta pesalah trafik supaya menyemak dengan serta-merta status saman masing-masing kerana proses semakan telah dipermudah melalui telefon bimbit, internet mahupun pergi ke balai berhampiran.

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dengan menyifatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menerima manfaat bagi setiap rancangan lima tahun negara tersebut.

Ujarnya, walaupun belum menerima penjelasan secara terperinci berhubung perkara itu, namun perbincangan telah diadakan bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai 18 projek yang telah dipohon.
 
Back
Top
Log in Register